Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 30 Januari 2013

Bab 6 Ketakwaan.


Allah Taala berfirman:

"Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah engkau semua kepada Allah dengan sebenar-benarnya ketakwaan."
(ali-lmran: 102)

Allah Taala berfirman pula:

"Maka bertakwalah engkau semua kepada Allah sekuat-kuatmu."
(at-Taghabun: 16)
Ayat ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama.

Lagi Allah Taala berfirman:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang betul  sesuai dengan apa yang sesungguhnya."
(al-Ahzab: 70)
Ayat-ayat yang berhubungan dengan perintah bertakwa itu banyak sekali dan dapat dimaklumi.

Allah Taala berfirman lagi:

"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar dari segala macam kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dikira-kirakan."
(at-Thalaq: 2-3)

Allah Taala berfirman pula:

"Jikalau engkau semua bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua pembezaan antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung."
(al-Anfal: 29)
Ayat-ayat dalam bab ini banyak sekali dan dapat dimaklumi. Adapun Hadis-hadisnya ialah:

69. Pertama: Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu orang yang bertakwa di antara engkau semua. Orang-orang berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan inipun putera Nabiullah pula dan ini adalah putera khalilullah kekasih Allah yakni bahawa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim iaitu Khalilullah." Orang-orang berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab pula: "Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan(pembesar-pembesar) dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan di antara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pulalah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama."
(Muttafaq 'alaih)
Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, ertinya ialah "mengerti akan hukum-hukum syarak".

70. Kedua: Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau yakni lazat dan nyaman dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh kerananya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipudaya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang bercokol di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita."
(Riwayat Muslim)

71. Ketiga: Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketakwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati."
(Riwayat Muslim)

72. Keempat: Daripada Abu Tharif, iaitu 'Adi bin Hatim Aththa'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketakwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi(memilih) ketakwaan itu saja."
(Riwayat Muslim)

73. Kelima: Daripada Abu Umamah iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

"Bertakwalah kepada Allah, kerjakanlah solat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu Ramadan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dalam akhir kitab bab solat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan