Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 1 Februari 2013

Bab 14 Berlaku Sedang Dalam Beribadat.







Allah Taala berfirman:

"Tidaklah Kami turunkan al Quran itu padamu hai Muhammad agar engkau mendapat celaka."
(Thaha: 1-2)

Allah Taala berfirman lagi:

"Allah menghendaki kemudahan padamu semua dan tidak menghendaki kesukaran untukmu semua."
(al-Baqarah: 185)

142. Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. memasuki rumahnya dan di sisi Aisyah itu ada seorang wanita. Beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah ini?" Aisyah menjawab: "Ini adalah si Anu." Aisyah menyebutkan perihal solatnya wanita tadi yang sangat luar biasa tekunnya. Beliau s.a.w. bersabda:
"Jangan demikian, hendaklah engkau semua berbuat sesuai dengan kekuatanmu semua saja. Sebab demi Allah, Allah itu tidak bosan memberi pahala sehingga engkau semua bosan melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orangnya itu yakni tidak perlu banyak-banyak asalkan langsung terus."
(Muttafaq 'alaih)
Mah adalah kata untuk melarang dan mencegah. Maknanya La yamallullahu, ialah Allah tidak bosan, maksudnya bahawa Allah tidak akan memutuskan pahalanya padamu semua atau balasan pada amalan-amalanmu itu ataupun memperlakukan engkau semua sebagai perlakuan orang yang sudah bosan. Hatta tamallu ertinya sehingga engkau semua yang bosan lebih dulu, lalu amalan itu ditinggalkan. Oleh sebab itu seyogyanya engkau semua mengambil amalan itu sekuat tenagamu saja yang sekiranya akan tetap langsung dan kekal melakukannya agar supaya pahalanya serta keutamaannya tetap atas dirimu semua.

143. Dari Anas r.a., katanya: 

“Ada tiga macam orang datang ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. menanyakan tentang hal bagaimana ibadahnya Nabi s.a.w. Kemudian setelah mereka diberitahu lalu seolah-olah mereka menganggap amat sedikit saja ibadah beliau. s.a.w. itu. Mereka lalu berkata: "Ah, di manakah kita ini maksudnya: Kita ini jauh perbezaannya kalau dibandingkan dari Nabi s.a.w. sedangkan beliau itu telah diampuni segala dosanya yang lampau dan yang kemudian". Seorang dari mereka itu berkata: "Adapun saya ini, maka saya bersolat semalam suntuk selama-lamanya". Yang lainnya berkata: "Adapun saya, maka saya berpuasa sepanjang tahun dan tidak pernah saya berbuka". Yang seorang lagi berkata: "Adapun saya, maka saya menjauhi para wanita, maka sayapun tidak akan kahwin selama-lamanya". Rasulullah s.a.w. kemudian mendatangi mereka lalu bersabda: "Engkau semuakah yang mengatakan demikian, demikian? Wahai, demi Allah, sesungguhnya saya ini adalah orang yang tertakwa di antara engkau semua kepada Allah dan tertakut kepadaNya, tetapi saya juga berpuasa dan juga berbuka, sayapun bersolat tetapi juga tidur, juga saya suka kahwin dengan para wanita. Maka barangsiapa yang enggan pada cara perjalananku, maka ia bukanlah termasuk dalam golonganku". 
(Muttafaq 'alaih)

144. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

"Binasalah orang-orang yang memperdalam-dalamkan". Beliau s.a.w. menyabdakan ini sampai tiga kali banyaknya".
(Riwayat Muslim)
Almutanathtbi'un iaitu orang-orang yang memperdalam-dalamkan serta memperkeraskan sesuatu yang bukan pada tempatnya.

145. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya yakni orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nantinya akan merasa tidak kuat meneruskannya. Maka dari itu, bersikap luruslah engkau semua, lakukanlah yang sederhana saja jikalau tidak kuasa melakukan yang sesempurna-sempurnanya, bergembiralah untuk memperoleh pahala, sekalipun sedikit, juga mohonlah pertolongan dalam melakukan sesuatu amalan itu, baik di waktu pergi pagi-pagi, petang-petang ataupun sebahagian waktu malam".
(Riwayat Bukhari)
Dalam riwayat Imam Bukhari lainnya disebutkan: "Berlaku luruslah, lakukanlah yang sederhana, pergilah di waktu pagi, juga di waktu petang serta sebahagian di waktu malam. Berbuatlah sederhana,tentu engkau semua akan sampai pula pada tujuannya".
Addin itu dirafa'kan kerana merupakan maf'ulnya fi'il yang tidak disebutkan fa'ilnya. Ada pula yang mengatakan bahawa itu harus dinashabkan. Ada yang meriwayatkan dengan lafaz Lan yusyaddad dina ahadun, ertinya tidak seorangpun yang hendak memperkeraskan agama tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. Illa ghalalabahu, ertinya melainkan agama itu mengalahkannya, yakni bahawa agama tadi mengalahkan orang itu dan dengan sendirinya orang yang memperkeras-keraskan sendiri itu akhirnya akan lemah untuk menghadapi agama tersebut, sebab banyak jalan yang perlu ditempuhnya.
Ghadwah ialah bepergian pada pagi hari dan Rawhah pada petang hari, sedang Adduljah ialah pada akhir malam. Ini semua adalah sebagai kata kiasan atau perumpamaan. Maksudnya ialah: Hendaklah engkau semua memohonkan pertolongan untuk melakukan ketaatan kepada Allah 'Azzawajalla itu dengan melakukan berbagai amalan di waktu engkau semua dalam keadaan bersemangat, serta hati dalam keadaan lapang, sehingga dengan demikian engkau semua akan merasa lazat melakukan ibadah tadi dan tidak akan merasa bosan, juga dengan itu apa yang dimaksudkan sudah pula tercapai. Ini adalah sebagaimana seseorang yang pandai bepergian, ia tentu berangkat dalam keadaan semacam di atas itu dan ia beristirehat, baik dirinya maupun kendaraannya dalam waktu sudah lelah ataupun hati kurang enak. Dengan demikian dapat pula ia mencapai tujuannya tanpa kelelahan sama sekali. Wallahu a'lam.

146. Dari Anas r.a., katanya: 

"Nabi s.a.w. masuk ke dalam masjid, tiba-tiba tampak di situ ada seutas tali yang memanjang antara dua tiang. Beliau s.a.w. bertanya: "Tali  Dua tiang yang dimaksudkan di sini ialah dari beberapa tiang yang ada di masjid. Tujuan utama dalam Hadis ini ialah anjuran yang penting sekali untuk diperhatikan, yakni hendaknya kita melaksanakan agama Islam ini apakah ini?" Orang-orang menjawab: "Ini adalah kepunyaan Zainab, jikalau ia sudah malas lelah bersolat, ia menggantung di situ". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Lepaskan sajalah. Baiklah seseorang itu melakukan solat di waktu ia sedang bersemangat, maka jikalau ia telah merasa malas, baiklah ia tidur saja". 
(Muttafaq 'alaih)

147. Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau seseorang dari engkau semua mengantuk dan ia sedang bersolat, maka baiklah ia tidur dulu, sehingga hilanglah rasa mengantuknya. Sebab sesungguhnya seseorang dari engkau semua itu jikalau bersolat sedang ia mengantuk, maka ia tidak tahu, barangkali ia memulai memohonkan pengampunan kepada Allah, tetapi ia lalu mencaci maki dirinya sendiri". 
(Muttafaq 'alaih)

148. Dari Abu Abdillah, iaitu Jabir bin Samurah radhiallahu 'anhuma, katanya: 

"Saya pernah bersolat dengan Nabi s.a.w. beberapa solatan, maka keadaan solat beliau s.a.w. itu adalah sedang dan khutbahnyapun sedang pula". 
(Riwayat Muslim)
Ucapan qashdan maksudnya antara panjang dan pendek, yakni sederhana.

149. Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: 

"Nabi s.a.w. mempersaudarakan antara Salman dan Abuddarda' maksudnya keduanya disuruh berjanji untuk berlaku sebagai saudara". Salman pada suatu ketika berziarah ke Abuddarda', ia melihat Ummud Darda' iaitu isteri Abuddarda' mengenakan pakaian yang serba kusut yakni tidak berhias sama sekali, Salman bertanya padanya: "Mengapa saudari berkeadaan sedemikian ini?" Wanita itu menjawab: "Saudaramu iaitu Abuddarda' itu sudah tidak ada hajatnya lagi pada keduniaan maksudnya: Sudah meninggalkan keduniaan, baik terhadap wanita atau lain-lain".
Dalam riwayat Addaraquthni lafaz Fiddunyaa, diganti dengan lafaz Fi nisaid dunyaa, ertinya tidak ada hajatnya lagi pada kaum wanita di dunia ini. Sementara itu dalam riwayat Ibnu Khuzaimah ditambah pula dengan kata-kata Yashuumun nahaar wa yaquumullail, ertinya: Ia berpuasa pada siang harinya dan terus bersolat pada malam harinya". Abuddarda' lalu datang, kemudian ia membuatkan makanan untuk Salman. Setelah selesai Abuddarda' berkata kepada Salman: "Makanlah, kerana saya berpuasa". Salman menjawab: "Saya tidak akan suka makan, sehingga engkaupun suka pula makan". Abuddarda' lalu makan. Setelah malam tiba, Abuddarda' mulai bangun. Salman berkata kepadanya: "Tidurlah!" Ia tidur lagi. Tidak lama kemudian bangun lagi dan Salman berkata pula: "Tidurlah!" Kemudian setelah tiba Akhir malam, Salman lalu berkata pada Abuddarda': "Bangunlah sekarang!" Keduanya terus bersolat. Selanjutnya Salman lalu berkata: "Sesungguhnya untuk Tuhanmu itu ada hak atas dirimu, untuk dirimu sendiri juga ada hak atasmu, untuk keluargamupun ada hak atasmu. Maka berikanlah kepada setiap yang berhak itu akan haknya masing-masing".
Jangan melampaui batas, khususnya dalam peribadatan, seperti solat, puasa dan lain-lain yang termasuk sunnah hukumnya. Jadi kita dilarang mempersangatkan diri sendiri, sehingga membuat kita lelah dan akhirnya malas. Juga terdapat suatu anjuran lain, yakni hendaklah dalam mengerjakannya itu dengan penuh semangat dan bukan seenaknya saja. Abuddarda' paginya mendatangi Nabi s.a.w. kemudian menyebutkan peristiwa semalam itu, lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Salman benar ucapannya". 
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Dengan berdasarkan Hadis di atas, maka syariat Agama Islam memerintahkan kepada
kaum Musiimin agar antara seorang dengan yang lainnya bersikap sebagaimana orang-orang yang bersaudara dan semata-mata bukan kerana ini atau itu, tetapi hanya untuk
mengharapkan keredhaan Tuhan, juga memerintahkan agar saling kunjung-mengunjungi kerana Allah, demikian pula bermalam di rumah saudara seagamanya kerana Allah pula. Di samping itu syariat membolehkan seseorang lelaki bercakap-cakap dengan wanita lain yang bukan mahramnya yakni ajnabiyah, bila mana betul-betul ada keperluan yang penting untuk berbuat sedemikian itu. Selain itu dalam Hadis itu pula terdapat anjuran yang sungguh-sungguh agar antara seorang muslim dengan muslim lainnya, hendaknya gemar nasihat-menasihati dengan cara yang baik, mengingatkan siapa yang lupa dan lalai melaksanakan perintah Allah dan ada pula anjuran untuk gemar mengerjakan solat malam (shalatuilail) dan lain-lain lagi.

150. Dari Abu Muhammad, iaitu Abdullah bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Nabi s.a.w. diberitahu bahawasanya saya berkata: Demi Allah, nescayalah saya akan berpuasa pada pagi hari dan berdiri bersolat di waktu malam maksudnya setiap hari, siangnya berpuasa dan malamnya bersolat sunnah, selama hidupku". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Apakah engkau yang berkata sedemikian itu?" Saya menjawab kepadanya: "Sungguh saya berkata demikian itu, bi-abi anta wa ummi, ya Rasulullah". Beliau.bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak kuat melaksanakan itu, maka dari itu berpuasalah, berbukalah, tidurlah dan juga berdirilah(bersolat malam). Dalam sebulan itu berpuasalah tiga hari, sebab sesungguhnya kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi tiga hari sebulan itu sama dengan berpuasa setahun penuh". Saya berkata: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w, bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari". Saya berkata lagi: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari pula. Yang sedemikian itu adalah puasanya Nabi Daud a.s. dan inilah sesedang-sedangnya berpuasa". Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang sedemikian itu adalah seutama-utamanya berpuasa". Saya berkata pula: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Tidak ada yang lebih utama daripada puasa seperti Nabi Daud a.s. itu". Sebenamya andaikata saya menerima saja tiga hari yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. (pertama kali) itu adalah lebih kucintai daripada seluruh keluarga dan hartaku".
Dalam riwayat lain disebutkan demikian:
Nabi s.a.w. bersabda: "Bukankah saya telah diberitahu bahawasanya engkau berpuasa
pada siang hari dan bersolat sunnah setiap malamnya?" Saya menjawab: "Benar, ya Rasulullah". Beliau lalu bersabda: "Jangan mengerjakan seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah, kerana sesungguhnya untuk tubuhmu itu ada hak atas dirimu, kedua matamu pun ada haknya atas dirimu, isterimu juga ada hak atasmu, untuk tamumu pun ada hak atasmu. Sebenamya sudah cukuplah jikalau untuk setiap bulan itu engkau berpuasa sebanyak tiga hari saja, sebab sesungguhnya setiap kebaikan itu diberi pahala dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi berpuasa tiga hari setiap bulan itu sama halnya dengan berpuasa setahun penuh". Saya maksudnya Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash mengeras-ngeraskan sendiri lalu diperkeraskanlah atas diriku. Saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya masih mempunyai kekuatan untuk lebih dari itu". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Daud dan jangan engkau tambahkan lagi dari itu yakni sehari berpuasa dan sehari berbuka". Saya bertanya: "Bagaimanakah berpuasanya Daud a.s.?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ia berpuasa setengah tahun". Abdullah, setelah tuanya berkata: "Alangkah baiknya jikalau dahulu saya terima saja keringanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w." Dalam riwayat lain lagi disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: "Bukankah saya telah diberitahu bahawasanya engkau berpuasa setahun penuh dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekali setiap malam?" Saya menjawab: "Benar demikian ya Rasulullah dan saya tidak menghendaki dengan amalan yang sedemikian itu melainkan mengharapkan kebaikan belaka". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Daud a.s., sebab sesungguhnya ia adalah setaat-taat manusia perihal ibadatnya. Selain itu khatamkanlah bacaan Al-Quran itu sekali dalam setiap bulan". Saya berkata: "Ya Nabiullah, saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu khatamkanlah itu sekali setiap dua puluh hari". Saya berkata: "Ya Nabiullah, sebenarnya saya masih kuat yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu khatamkanlah itu sekali dalam setiap sepuluh hari". Saya berkata: "Ya Nabiullah, saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu, khatamkan sajalah Al-Quran itu sekali dalam seminggu dan jangan ditambah lagi beratnya amalan tadi lebih dari itu". jadi saya memperberatkan diri sendiri lalu diperberatkanlah amalan itu atas diriku. Nabi pada saat itu bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak tahu, barangkali engkau akan diberi usia yang panjang". Maka jadilah saya sampai pada usia tua sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. Setelah saya berusia tua, saya ingin sekali kalau dahulunya saya menerima saja keringanan yang diberikan oleh Nabiullah s.a.w. 
Dalam riwayat lain disebutkan: "Sesungguhnya untuk anakmupun ada hak atas dirimu".
Juga dalam riwayat lain disebutkan: "Tidak dibenarkanlah seseorang yang berpuasa terus sepanjang tahun". Ini disabdakan oleh beliau s.a.w. sampai tiga kali. 
Selain itu dalam riwayat lain disebutkan demikian: "Puasa yang amat tercinta di sisi Allah adalah puasanya Nabi Daud, sedang solat yang amat tercinta di sisi Allah juga solatnya Nabi Daud. Ia tidur separuh malam, lalu bangun untuk bersolat malam  sepertiga malam, kemudian tidur lagi seperenam malam. Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Ia tidak akan lari jikalau menemui berhadapan dengan musuhnya”.
Ada pula riwayat lain yang menyebutkan demikian: "Ia berkata: Ayahku mengahwinkan saya dengan seorang wanita yang memiliki keturunan baik. Ayah membuat janji dengan menantunya wanita itu yakni isteri anaknya, untuk menanyakan pada wanita perihal keadaan suaminya. Setelah ditanya, isterinya itu berkata: Sebaik-baik lelaki ialah suamiku itu, ia tidak pernah menginjak hamparan kita dan tidak pernah memeriksa tabir kita maksudnya tidak pernah berkumpul untuk menyetubuhi isterinya sejak kita datang padanya". Setelah peristiwa itu berjalan lama, maka ayahnya memberitahukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda kepada ayahnya: "Pertemukanlah saya dengan lelaki itu". Saya menemui Nabi s.a.w. sesudah diadukan oleh ayahku itu, beliau s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah caranya engkau berpuasa?" Saya menjawab: "Saya berpuasa tiap hari". Beliau s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah caranya engkau mengkhatamkan Al-Quran?" Saya menjawab: "Setiap malam saya khatamkan sekali". Seterusnya orang itu menyebutkan sebagaimana cerita yang sebelumnya. Ia menghabiskan sebagian bacaan Al-Quran itu atas isterinya sebanyak sepertujuh bahagian, yang dibacanya itu dirampungkannya di waktu siang agar lebih ringan untuk apa yang akan dibacanya di waktu malamnya. Jikalau ia hendak memperkuatkan dirinya, ia berbuka selama beberapa hari dan dihitunglah jumlah hari berbukanya itu kemudian berpuasa sebanyak hari di atas itu pula. Sebabnya ia melakukan demikian, kerana ia tidak senang kalau meninggalkan sesuatu sejak ia berpisah dengan Nabi s.a.w.”. Semua riwayat di atas adalah shahih, sebahagian besar dari shahih Bukhari dan shahih Muslim dan hanya sedikit saja yang tertera dalam salah satu kedua kitab shahih itu yakni Bukhari dan Muslim saja.

151. Dari Abu Rib'i yaitu Hanzhalah bin Arrabi' al-Usayyidi al-Katib, salah seorang di antara jurutulisnya Rasulullah s.a.w..katanya: 

"Abu Bakar bertemu denganku, lalu ia berkata: Bagaimanakah keadaanmu hai Hanzhalah". Saya menjawab: "Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik". Abu Bakar berkata lagi: "Subhanallah sebagai tanda kehairanan, apakah yang kau ucapkan itu?" Saya menjawab: "Semula kita berada di sisi Rasulullah s.a.w. Beliau mengingat-ingatkan kepada kita perihal syurga dan neraka, seolah-olah keduanya itu benar-benar dapat dilihat(tampak) di mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Rasulullah s.a.w., kita masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak dan mengurus berbagai harta untuk kehidupan kita di dunia ini, sehingga dengan demikian, banyak yang kita lupakan  tentang hal syurga dan neraka tadi". Abu Bakar lalu berkata: "Demi Allah, sesungguhnya kami sendiripun pernah mengalami seperti yang kau alami itu". Selanjutnya saya dan Abu Bakar berangkat bersama sampai masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu saya berkata: "Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik, ya Rasulullah". Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: "Mengapa demikian?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah kita semula ada di sisi Tuan dan Tuan mengingat-ingatkan kepada kita perihal neraka dan syurga seolah-olah keduanya itu dapat dilihat oleh mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Tuan, kitapun masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak serta mengurus pula berbagai harta, sehingga kerana itu, banyak yang kita lupakan tentang keduanya tadi". Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga sentiasa berzikir(ingat kepada Allah), nescayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat  maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya, mencari sandang pangan dan lain-lain". Ini disabdakan beliau s.a.w. tiga kali.
(Riwayat Muslim)
  
152. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: 

"Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berdiri lalu beliau bertanya kepadanya tentang nama dan perlunya berdiri. "Orang-orang(para sahabat) sama berkata: "Dia adalah Abu Israil bernazar hendak berdiri di terik matahari, tidak akan duduk-duduk, tidak akan bernaung, tidak akan berbicara dan tetap akan berpuasa". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Perintahkan padanya, supaya ia suka berbicara, bernaung, duduk-duduk dan juga supaya ia meneruskan puasanya". 
(Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan