811. Daripada al-Bara' bin 'Azib radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu
apabila menempatkan diri pada tempat tidurnya, maka beliau tidur atas belahan
tubuhnya yang sebelah kanan, lalu mengucapkan
yang ertinya:
"Ya
Allah, saya menyerahkan jiwaku padaMu, saya hadapkan wajahku padaMu, saya
aturkan urusanku padaMu, saya tempatkan punggung(pinggul)ku padaMu. Demikian itu adalah
kerana kecintaan serta ketakutanku padaMu. Tiada tempat berdiam dan tiada pula
tempat menyelamatkan diri daripadaMu, melainkan kepadaMu. Saya beriman kepada
kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau utus."
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dengan lafaz ini dalam kitab al-Adab dari kitab shahihnya.
812. Daripada
al-Bara' bin 'Azib r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadaku:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau mendatangi
tempat tidurmu, maka berwuduklah dulu sebagaimana wudukmu untuk bersolat,
kemudian berbaringlah pada belahan tubuhmu sebelah kanan dan ucapkan
sebagaimana di atas yakni
yang meriwayatkan Hadis ini menyebutkan seperti yang tertera dalam Hadis 811 -
dan di situ ditambah: Beliau s.a.w. bersabda: "Jadikanlah ucapan di atas
itu sebagai kalimat-kalimat yang terakhir sekali engkau ucapkan sebelum tidur
itu."
(Muttafaq
'alaih)
813. Daripada
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu bersolat
dari sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar
telah menyingsing, beliau s.a.w. bersolat dua rakaat yang ringan sekali,
kemudian beliau berbaring atas belahan tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga
juru azan datang lalu ia memberitahukan pada beliau tentang sudah berkumpulnya
para manusia yang hendak bersolat subuh dengan berjamaah."
(Muttafaq
'alaih)
814. Daripada
Hudzaifah r.a., katanya:
"Nabi s.a.w. itu apabila mengambil tempat tidurnya di
waktu malam, beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya lalu mengucapkan yang
ertinya:
"Ya Allah, dengan namaMulah saya mati dan hidup," dan
apabila beliau bangun, lalu mengucapkan yang ertinya: "Segenap puji bagi Allah yang
memberikan kehidupan kepada kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya tempat
kembali."
(Riwayat
Bukhari)
815. Daripada
Ya'isy bin Tikhfah al-Ghifari radhiallahu 'anhuma, katanya: "Ayahku
berkata: Pada suatu ketika saya berbaring dalam masjid atas perutku, tiba-tiba
ada seorang lelaki yang menggerak-gerakkan saya dengan kakinya, lalu berkata: "Sesungguhnya
cara tidur yang sedemikian ini adalah cara berbaring yang dibenci oleh Allah."
Ayahku
berkata: "Kemudian saya melihat orang itu, tiba-tiba ia adalah Rasulullah
s.a.w."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
816. Daripada
Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., katanya:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang duduk di
suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Taala dalam duduknya itu,
maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di
suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Taala dalam
berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
Attirah
dengan kasrahnya (a' mutsannat di atas, ertinya ialah kekurangan, ada yang
mengatakan tuntutan kerana penganiayaan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan