Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Mei 2013

Bab 130 Impian Dan Apa-apa Yang Berhubungan Dengan Impian Itu




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan setengah daripada tanda-tanda kekuasaan Tuhan ialah tidurmu semua di waktu malam dan siang."
(ar-Rum: 23)

835. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak ada yang tertinggal dari kenubuwatan itu melainkan hal-hal yang menggembirakan." Para sahabat sama bertanya: "Apakah hal-hal yang menggembirakan itu?" Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu impian yang baik."
(Riwayat Bukhari)

836. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau zaman sudah dekat yakni dekat dengan datangnya hari kiamat, maka impian seseorang mukmin itu hampir tidak dusta dan impian seseorang mukmin itu adalah sebahagian dari empat puluh enam bahagian dari kenubuwatan."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan: "Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Dan yang terbenar di antara engkau semua tentang impiannya ialah yang terbenar pembicaraannya."

837. Daripada Abu Hurairah r.a. puta, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang bermimpi melihat saya dalam tidur, maka ia akan melihat saya di waktu jaga yakni melek dan ini ditakwilkan sewaktu di akhirat nanti atau seolah-olah ia melihat saya di waktu jaga, kerana syaitan itu tidak dapat menyerupakan dirinya dengan diriku," maksudnya tidak dapat menjelmakan diri seperti beliau s.a.w. itu."
(Muttafaq 'alaih)

838. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua bermimpi melihat sesuatu impian yang ia menyukainya maka hanyasanya impian itu adalah dari Allah Taala. Maka dari itu hendaklah mengucapkan pujian kepada Allah atas impian tadi yakni membaca Alhamdulillah dan hendaklah memberitahukan impiannya itu pada orang lain." Dalam suatu riwayat lain disebutkan: "Maka janganlah memberitahukan impiannya tersebut, kecuali kepada orang yang ia mencintainya. Tetapi jikalau bermimpi melihat impian yang selain demikian iaitu impian buruk dan tidak disukai, maka hanyasanya impian tadi adalah dari syaitan. Oleh kerana itu hendaklah ia memohonkan perlindungan kepada Allah daripada keburukannya yakni membaca ta'awwudz dan janganlah menyebut:nyebutkannya kepada orang lain, sebab sesungguhnya impian sedemikian itu tidak akan membahayakan dirinya."
(Muttafaq 'alaih)

839. Daripada Abu Qatadah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Impian yang baik, dan dalam riwayat lain disebutkan: Impian yang indah itu berasal dari Allah dan impian buruk itu dari syaitan. Maka barangsiapa yang melihat sesuatu impian yang ia tidak menyukainya, hendaklah ia meniup di sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan hendaklah pula memohonkan perlindungan kepada Allah dari syaitan yakni membaca ta'awwudz iaitu A'udzu billahi minasy syaithanir rajim, kerana sesungguhnya impian buruk tadi tidak akan membahayakan dirinya."
'Annaftsu ertinya tiupan yang dilakukan tiga kali ke sebelah kiri itu ialah suatu hembusan nafas yang halus tanpa mengeluarkan ludah.

840. Daripada Jabir r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua melihat impian yang ia tidak menyukainya, maka hendaklah ia berludah di sebelah kirinya tiga kali dan hendaklah pula ia memohonkan perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yakni membaca ta'awwudz sebanyak tiga kali dan lagi baiklah ia beralih dari sebelah yang ia tidur di atasnya tadi yakni kalau tadinya miring kiri hendaklah beralih ke kanan dan demikian pula sebaliknya."
(Riwayat Muslim)

841. Daripada Abul Asqa' iaitu Watsilah bin al-Asqa' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya termasuk sebesar-besar kedustaan ialah apabila seseorang itu mengaku-aku pada orang yang selain ayahnya yakni bukan keturunan si Fulan, tetapi ia mengatakan keturunannya, atau orang yang mengatakan ia bermimpi melihat sesuatu yang sebenarnya tidak memimpikannya* atau ia mengucapkan atas Rasulullah s.a.w. sesuatu yang tidak disabdakan olehnya yakni bukan sabda Nabi s.a.w. dikatakan sabdanya."
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Dalam Hadis di atas disebutkan bahawa di antara sebesar-besar kedustaan ialah:

a. Mengaku kepada seseorang yang bukan ayahnya sebagai ayahnya sendiri adalah termasuk dusta terbesar, kerana membuat-buat sesuatu atas nama Allah Taala, seolah-olah orang yang berdusta itu mengatakan: "Allah membuat aku dari mani si Fulan itu," padahal sebenarnya bukan orang yang ditunjuk itu yang menyebabkan kejadiannya. Orang yang berbuat demikian itu ada kalanya ingin dihormati atau diagung-agungkan sebab yang diakui sebagai ayahnya adalah seorang pembesar yang berkedudukan tinggi atau orang hartawan, ada kalanya pula kerana ingin dianggap keturunan ningrat kerana yang diakui sebagai ayahnya adalah seorang bangsawan dan ada kalanya sebab yang Iain-Iain. Tetapi pada pokoknya disebabkan oleh kesombongan dan menginginkan penghormatan untuk dirinya.

b. Mengatakan bermimpi apa yang tidak dimimpikan, inipun dusta yang amat besar. Adapun sebabnya adalah sebagaimana yang diterangkan sebagai penjelasan yang tertera di bawah ini.
Sehubungan dengan dusta dalam hal impian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Abbas r.a., iaitu:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengaku bermimpi dengan sesuatu impian yang sebenarnya tidak diiihatnya, maka pada hari kiamat nanti akan dipaksa duduk di antara dua butir biji gandum, tetapi ia tidak mungkin dapat melakukannya."

c. Mengucapkan sesuatu dusta atas nama Nabi Muhammad s.a.w., maksudnya sesuatu yang bukan sabda Nabi s.a.w. dikatakan sabdanya, atau sesuatu yang disabdakan oleh beliau s.a.w. itu haram, tetapi dikatakan halal dan demikian pula sebaliknya. Orang semacam itu diancam akan dilemparkan dalam neraka dan diperintahkan mencari tempat kediamannya dalam neraka itu, sebagai tempat tedudukannya. Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam-imam Bukhari, Muslim, Termidzi dan Iain-Iain dari Anas r.a. menyebutkan:

Yang Bermaksud :  "Barangsiapa yang berdusta atas namaku (Nabi Muhammad) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya atau tempat kediamannya daripada neraka."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan