Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Mei 2013

Bab 134 Sunnahnya Mengulangi Salam Kepada Orang Yang Berulang Kali Pula Bertemu Dengannya Sekalipun Dalam Waktu Dekat, Seperti la Masuk Lalu Keluar Lalu Masuk Lagi Seketika Itu Ataupun Dihalang-halangi Oleh Pohon Dan Sebagainya Antara Kedua Orang Itu.






856. Daripada Abu Hurairah r.a. dalam meriwayatkan Hadisnya orang yang berbuat buruk dalam solatnya, bahawasanya orang itu datang lalu bersolat, kemudian datang lagi kepada Nabi s.a.w. terus ia memberi salam kepada beliau dan beliau menjawab salamnya, selanjutnya beliau bersabda: "Kembalilah bersolat lagi, sebab engkau tadi sebenarnya belum bersolat." Orang itu kembali lagi lalu bersolat, setelah itu datang lagi terus mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. sehingga ia melakukan sedemikian itu sampai tiga kali banyaknya.
(Muttafaq 'alaih)

857. Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di antara engkau semua bertemu saudaranya yakni sesama Muslim, maka hendaklah mengucapkan salam padanya. Jikalau antara keduanya itu terhalang oleh sebuah pohon, dinding atau batu kemudian bertemu lagi dengan saudaranya itu, maka hendaklah bersalam pula sekali lagi."
(Riwayat Abu Daud)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan