Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 15 Mei 2013

Bab 131 Kitab Bersalam Keutamaan Mengucapkan Salam Dan Perintah Untuk Meratakannya.




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumah-rumahmu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin lebih dulu serta mengucapkan salam kepada ahlinya  yakni orang yang ada di dalamnya."
(an-Nur: 27)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang Bermaksud : “Jikalau engkau semua memasuki rumah, maka ucapkanlah salam kepada dirimu sendiri sebagai penghormatan dari Allah yang diberkahi dan dianggap baik."
(an-Nur: 61)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam,  maka jawablah penghormatan  atau salam itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya."
(an-Nisa': 86)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Adakah sudah sampai padamu cerita tamu Ibrahim yang dimuliakan. Di waktu mereka masuk padanya, lalu mereka mengatakan: "Salam." Ibrahim menjawab: "Salam."
(al-Dzariyat: 24)

842.Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

Yang Bermaksud : "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal."
(Muttafaq 'alaih)

843. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w, sabdanya:

Yang Bermaksud : "Ketika Allah Taala menciptakan Adam, lalu Dia berfirman: Pegilah hai Adam, lalu ucapkanlah salam kepada mereka iaitu kelompok para malaikat yang sedang duduk-duduk, kemudian dengarlah bagaimana cara mereka memberikan penghormatan itu padamu, kerana sesungguhnya yang sedemikian itulah cara engkau harus memberikan penghormatan dan juga cara penghormatan untuk semua keturunanmu." Adam lalu mengucapkan: Assalamu 'alaikum. Kemudian para malaikat menjawab: Assalamu 'alaika warahmatullah. Jadi mereka menambahkan untuknya kata-kata warahmatullah."
(Muttafaq 'alaih)

844. Daripada Abu Umarah yaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti jenazah, mentasmitkan orang yang bersin  yakni mendoakan supaya beroleh kerahmatan dengan mengucapkan: Yarhamukallah kepada orang yang bersin jikalau ia mengucapkan: Alhamdulillah, menolong orang yang lemah, membantu orang yang dianiaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."
(Muttafaq 'alaih)
Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

845. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak akan masuk syurga engkau semua itu sehingga engkau semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman engkau semua itu sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Tidakkah engkau semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua pada sesuatu yang jikalau engkau semua melakukannya tentu engkau semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu ratakanlah salam antara sesamamu semua!"
(Riwayat Muslim)

846. Daripada Abu Yusuf iaitu Abdullah bin Salam r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, pereratkanlah kekeluargaan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan masuk syurga dengan selamat."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

847. Daripada at-Thufail bin Ubay bin Ka'ab bahawasanya ia mendatangi Abdullah bin Umar, lalu ia pergi bersamanya ke pasar, at-Thufail berkata:

Yang Bermaksud : "Jikalau kita pergi ke pasar, maka tidaklah Abdullah itu melalui seorang penjual loak ataupun penjual dagangan apapun juga, tidak pula memalui seseorang miskin, kecuali ia pasti memberi salam padanya."
At-Thufail berkata: "Pada suatu hari saya datang lagi di tempat (Abdullah bin Umar, lalu ia meminta supaya saya mengikutinya ke pasar. Saya berkata: "Apa yang akan engkau kerjakan di pasar, sedangkan engkau tidak akan berhenti untuk berjualan dan tidak pula menanyakan harga sesuatu barang untuk membelinya, tidak pula berpencaharian di pasar itu, juga tidak perlu duduk-duduk dalam tempat-tempat duduk di pasar". Saya berkata pula: "Duduk Sajalah di sini dengan kami dan kita dapat bercakap-cakap."
Abdullah lalu berkata: "Hai Abu Bathn" ertinya Pak Perut dan memang at-Thufail mempunyai perut besar: "Hanyasanya kita pergi ke pasar itu adalah untuk meratakan salam dan kita mengucapkan salam kepada siapa saja yang kita bertemu dengannya."
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa' dengan isnad shahih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan