Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Mei 2013

Bab 128 Bolehnya Bertelentang Atas Tengkuk Leher, juga Meletakkan Salah Satu Dari Kedua Kaki Jikalau Tidak.




Dikhuatirkan Terbukanya Aurat Dan Bolehnya Duduk Dengan Bersila Dan Duduk Ihtiba' — Yakni Duduk Berjongkok Sambil Membelitkan Sesuatu Dari Pinggang Ke Lutut Atau Tangannya Merangkui Lutut.

817. Daripada Abdullah bin Zaid r.a. bahawasanya ia melihat Rasulullah s.a.w. bertelentang di masjid sambil meletakkan salah satu dari kedua kakinya di atas kaki yang lain."
(Muttafaq 'alaih)

818. Daripada Jabir bin Samurah radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu apabila telah bersolat fajar yakni solat subuh  lalu beliau duduk bersila di tempat duduknya sehingga terbitnya matahari yang putih indah sinarnya."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lainnya dengan beberapa isnad yang shahih.

819. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya melihat Rasulullah s.a.w. ada di halaman Kaabah sambil duduk ihtiba' punggungnya di tanah dan kedua betis ditegakkan dengan kedua tangannya yakni dengan merangkulkan kedua tangannya pada lutut, demikian." Ibnu Umar menjelaskan dengan kedua tangannya cara duduk ihtiba' Nabi s.a.w. iaitu semacam berjongkok.
(Riwayat Bukhari)

820. Daripada Qailah binti Makhramah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : “Saya melihat Nabi s.a.w. dan beliau sedang duduk berjongkok. Setelah saya melihat Rasulullah s.a.w. yang amat tenang dalam duduknya itu, lalu saya berdebar-debar kerana ketakutan kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

821. Daripada as-Syirrid bin Suwaid r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui saya dan saya sedang duduk demikian, iaitu saya meletakkan tangan saya sebelah kiri di belakang punggungku dan saya bersandar pada hujung tanganku, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Adakah engkau ini duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimarahi yakni cara duduknya orang Yahudi?"
(Riwayat Abu Daud dengan isnad shahih)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan