Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 15 Mei 2013

Bab 132 Kaifiyat Bersalam.





Disunnahkan agar seseorang yang memulai memberikan salam itu mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi ia menggunakan dhamir jamak, sekalipun orang yang diberi salam hanya seorang. Selanjutnya orang yang harus memberikan jawapan supaya mengucapkan: Wa 'alaikumus-salam warahma-tuliahi wabarakatuh. Jadi supaya ia menggunakan wawu athaf dalam ucapannya wa 'alaikum.

848. Daripada Imran bin al-Hushain radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia mengucapkan: Assalamu 'alaikum. Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: "Sepuluh," maksudnya pahalanya dilipatkan sepuluh kalinya. Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w. lalu membalas salamnya orang itu, lalu duduk lagi: "Dua puluh," maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang tersebut, lalu duduk terus bersabda: "Tiga puluh," maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

849. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. Bersabda kepada saya:

Yang Bermaksud : "Ini Jibril menyampaikan salam padamu." Aisyah berkata: "Saya berkata: Wa 'alaihis-salam warahmatullahi Wabarakatuh."
(Muttafaq 'alaih)

Demikianlah yang ada dalam sebahagian beberapa riwayat dua kitab shahih yakni Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dengan menggunakan wafaarakatuh, dan dalam sebahagian riwayat dengan membuang kata-kata itu. Penambahan dari orang yang dapat percaya itu boleh diterima.

850. Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila berbicara mengucapkan sesuatu kalimat, selalulah beliau s.a.w. mengulanginya sampai tiga kali, sehingga dapat dimengerti ucapannya itu dan apabila beliau s.a.w. itu datang pada sesuatu kaum, lalu beliau memberikan salam kepada mereka maka salamnya itupun diucapkannya tiga kali."
(Riwayat Bukhari)

Hal yang sedemikian ini ditangguhkan jikalau kelompok kaum itu memang banyak jumlah orangnya.

851. Daripada al-Miqdad r.a. dalam Hadisnya yang panjang, berkata:

Yang Bermaksud : "Kita  maksudnya al-Miqdad dengan kawannya mengaturkan kepada Nabi s.a.w. akan bahagian yakni berupa susu, kemudian beliau datang di waktu malam lalu memberi salam dengan suatu ucapan salam yang tidak sampai membangunkan orang yang tidur, tetapi dapat menperdengarkan kepada orang yang jaga. Selanjutnya Nabi s.a.w. datang lagi lalu memberi salam sebagaimana salamnya yang sudah-sudah."
(Riwayat Muslim)

852. Daripada Asma' binti Yazid radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari dan di situ ada sekelompok kaum wanita yang sedang duduk-duduk, lalu beliau s.a.w. memberikan isyarat dengan tangannya dengan disertai ucapan salam pula."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Hal ini ditangguhkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu mengumpulkan antara ucapan salam dengan isyarat tangan dan hal yang sedemikian itu dikuatkan oleh suatu Hadis dalam riwayat Imam Abu Daud bahawasanya beliau s.a.w. lalu memberikan salam kepada kita(kaum wanita yang duduk-duduk tadi).

853. Daripada Abu Jurat al-Hujaimi r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu saya berkata: "Alaikas-salam ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Janganlah mengucapkan 'Alaikas-salam sebab sesungguhnya, 'Alaikas-salam itu adalah cara penghormatan kepada orang-orang yang sudah mati."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih. Keterangannya sudah terdahulu dengan kelengkapannya yang panjang (lihat Hadis no. 793).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan