Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 18 Mei 2013

Bab 138 Haramnya Kita Memulai Bersalam Kepada Orang-orang Kafir Dan Caranya Menjawab Salam Kepada Mereka Dan Sunnahnya Mengucapkan Salam Kepada Orang-orang Yang Ada Di Dalam Majlis Yang Di Antara Mereka Ada Kaum Muslimin Dan Kaum Kafirin.




863. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah memulai mengucapkan salam kepada orang Yahudi dan jangan pula kepada orang Nasrani. Maka jikalau engkau semua bertemu dengan salah seorang di antara mereka itu, yakni orang Yahudi atau Nasrani pada suatu jalanan, maka paksakanlah kepada mereka itu untuk melalui yang tersempit dari jalan itu."
(Riwayat Muslim)

864. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau ada golongan ahlulkitab, iaitu orang Yahudi atau Nasrani memberi salam kepadamu semua, maka ucapkanlah: Wa'alaikum."
(Muttafaq 'alaih)

865. Daripada Usamah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. berjalan melalui suatu majlis pertemuan, yang di dalamnya terdapat berbagai campuran antara kaum Muslimin dan kaum musyrikin iaitu para penyembah berhala dan ada pula orang Yahudi, lalu Nabi s.a.w. memberikan salam kepada mereka."
(Muttafaq 'alaih)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan