854. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Orang yang berkenderaan supaya
memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan kepada orang
yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak jumlahnya.”
(Muttafaq 'alaih)
Dalam
riwayat Imam Bukhari disebutkan: "Dan orang kecil kepada orang tua."
855. Daripada
Abu Umamah iaitu Shudai bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya
seutama-utama manusia dengan Allah yakni yang lebih berhak mendekat kepada
Allah ialah orang yang memulai memberikan salam di kalangan mereka itu."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang baik. Ini juga diriwayatkan oleh Imam
Termidzi dari Abu Umamah pula, demikian riwayatnya: Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya
Rasulullah, ada dua orang yang saling bertemu muka, maka manakah di antara
keduanya itu yang memulai bersalam." Beliau s.a.w. menjawab: "Ialah
yang lebih utama di antara keduanya itu dengan Allah Taala." maksudnya orang yang lebih
mendekatkan dirinya kepada Allah dengan mentaatiNya, sebab yang memulai itulah
yang lebih dulu berzikirnya kepada Allah. Jadi lebih berhak untuk mendekatkan
diri kepadaNya.
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan