860. Daripada Sahl bin Sa'ad r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Di rumah kita ada seorang wanita, atau dalam riwayat lain
disebutkan: "Kita mempunyai seorang
wanita yang sudah tua. la mengambil dari pokok tanaman sayur bernama silik lalu
sayur itu diletakkan olehnya dalam kuali dan ia menumbuk biji-bijian gandum.
Maka jikalau kita semua telah selesai melakukan solat Jumaat, kitapun pulanglah
lalu kita mengucapkan salam pada wanita tadi, kemudian ia menghidangkan makanan
yang dimasaknya itu pada kita."
(Riwayat
Bukhari)
Tukarkiru
ertinya menumbuk.
861. Daripada
Ummu Hani' iaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhi-allahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Saya datang di tempat
Nabi s.a.w. pada hari penaklukan kota Mekah dan beliau s.a.w. sedang mandi,
sedang Fatimah menutupinya, kemudian saya mengucapkan salam pada-nya," dan
selanjutnya Fakhitah menyebutkan kelanjutan Hadis ini sampai selesai. (Riwayat
Muslim)
862. Daripada
Asma' binti Yazid radhiallahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. berjalan
melalui kita, iaitu kelompok kaum wanita, lalu beliau s.a.w. mengucapkan salam
kepada kita."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan. Ini adalah lafaznya Imam Abu Daud. Adapun lafaznya Imam Termidzi
ialah: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari
melalui sekelompok kaum wanita yang sedang duduk-duduk, lalu beliau s.a.w.
memberikan isyarat dengan tangannya dengan disertai ucapan salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan