Hiduplah 2 lelaki bersaudara.
Sang abang telah berkeluarga dengan 2 orang anak, sedangkan si adik masih membujang.
Mereka mengerjakan sawah padi berdua dan
ketika menuai, hasilnya mereka bagi sama rata. Di suatu malam setelah musim
menuai, si adik duduk sendiri dan berfikir. "Pembahagian ini sungguh tidak
adil, seharusnya abangkulah yang mendapat bahagian yang lebih banyak kerana dia
hidup dengan isteri dan kedua anaknya.
"Maka di malam yang
sunyi itu diam-diam dia memikul satu karung guni berisi padi miliknya dan
meletakkannya di tempat simpanan padi milik abangnya."
Di tempat yang lain, sang abang
juga berfikir, "Pembahagian ini adil jika adikku mendapat bahagian yang lebih
banyak, kerana ia hidup sendiri, jika terjadi apa-apa dengannya, tentu tak ada
yang mengurus, sedangkan aku ada anak dan isteri yang kelak menjagaku."
Maka sang Abang pun bergegas
mengambil satu karung dari di tempat simpanan padinya dan menghantarkan dalam
diam-diam ke tempat simpanan padi milik adiknya.
Kejadian ini terjadi
bertahun-tahun. Dalam benak mereka ada tanda tanya, kenapa tempat simpanan padi
padi mereka seperti tak berkurang meski telah menguranginya setiap kali musim
menuai?
Hingga di suatu malam yang
lengang setelah musim menuai, mereka berdua bertemu di tengah jalan. Masing-masing
memikul satu karung guni padi.
Tanda tanya dalam benak mereka
terjawab sudah, seketika itu juga mereka saling memeluk erat. Mereka sungguh
terharu, berburai air mata menyedari betapa mereka saling menyayangi.
Beginilah seharusnya kita
bersaudara. Jangan biarkan harta menjadi pemicu permusuhan melainkan menjadi pelekat
yang teramat kuat di antara saudara-mara.
Allah SWT telah menanamkan
cinta pada hati mereka yang mahu lelah memikirkan nasib saudara-saudara mereka.
Allah SWT tak akan membiarkan
kita kekurangan jika kita selalu berusaha mencukupi kehidupan orang lain.
Allah SWT tak akan
menyusahkan kita yang selalu berusaha membahagiakan orang lain. Bahagikanlah
renungan ini kepada siapa pun yang engkau jumpai agar kita dapat belajar dan
mengerti erti sebuah persaudaraan, baik dalam keluarga, di tengah masyarakat mahupun
dalam persahabatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan