Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Februari 2020

U 195 : 5 KEUTAMAAN CINTA KEPADA RASULULLAH BAGI UMAT MUSLIM


Seorang sahabat bernama Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu pernah berkata:
Tidak ada seorangpun yang paling dicintai oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi jika mereka melihat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka tidak berdiri (untuk menghormati beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam), kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci perbuatan tersebut.

Sebagai Umat Islam yang baik, sudahkah kita benar-benar mencintai Rosulullah Shalallahu Alaihi Wassalam meskipun sebenarnya kita belum pernah mengenal beliau secara langsung? Dan seperti apakah bentuk cinta kita kepada beliau Shalallahu Alaihi Wassalam? Imam al-Qadhi ‘Iyadh al-Yahshubi pernah berkata:

Ketahuilah, bahawa barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka bererti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku-aku (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah jika terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang utama adalah (dengan) meneladani beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang beliau (contohkan), dalam keadaan susah mahupun senang dan lapang mahupun sempit.”

Jika menilik dari keterangan para sahabat di atas, sudah jelaslah bagi kita tentang erti yang sebenarnya dari mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, iaitu dengan meneladani aklak dan budi pekerti, petunjuk, serta sunnah-sunnah beliau dan berusaha untuk mempelajari dan mengamalkannya dengan baik.
Selain itu, juga dengan tidak melakukan hal-hal yang Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam tidak menyukainya seperti terlalu berlebihan dalam hal memuji serta mensifati beliau, iaitu dengan menempatkan beliau pada kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berikan kepadanya. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda

Janganlah kalian memuji diriku secara berlebihan dan melampaui batas, sebagaimana orang-orang nasrani melampaui batas dalam memuji (Nabi Isa) bin Maryam, kerana sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba ALLAH, maka katakanlah: hamba ALLAH dan RasulNya.”

Apa saja Fadhilah (keutamaan) cinta kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam?
Hikmah dan keutamaan yang boleh kita ambil dari rasa cinta kita terhadap Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, di antaranya adalah :

1.  Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam adalah teladan yang baik bagi umatnya

Mereka yang meneladani Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam baik ucapan mahupun perbuatan beliau adalah orang-orang yang telah menempuh jalan yang lurus yang pada akhirnya akan membawa mereka menuju kemuliaan serta rahmat daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Qs. al-Ahzaab: 21)

2.  Dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan membawa kita untuk melakukan hal-hal yang beliau cintai

Suatu ungkapan menyatakan bahawa “bukankah pecinta akan melakukan hal-hal yang disukai oleh yang dicintai?” jadi dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam maka kita akan terbawa untuk melakukan hal-hal yang disukai oleh beliau Shalallahu Alaihi Wassalam.
Dan itu ertinya bahawa kita akan berjalan di jalan yang diredhai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Selain itu, orang yang mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam dengan sungguh-sungguh, maka beliau shslallahu Alaihi Wassalam akan membalas dengan cintanya pula.

3.            Mereka yang mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan sentiasa bersama beliau Shalallahu Alaihi Wassalam

Ini sesuai dengan sebuah Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari, iaitu : Daripada Anas bin Malik Rhadiyallahu Anhu bahawasannya “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang hari kiamat,

Bilakah kiamat datang?” Nabi pun SAW menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullah, aku belum mempersiapkan solat dan puasa yang banyak, hanya saja aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka Rasulullah SAW pun bersabda, “Seseorang (di hari kiamat) akan bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” Anas pun berkata, “Kami tidak lebih bahagia daripada mendengarkan sabda Nabi SAW, ‘Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.’” Anas kembali berkata, “Aku mencintai Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar, maka aku berharap akan boleh bersama mereka (di hari kiamat), dengan cintaku ini kepada mereka, meskipun aku sendiri belum (boleh) beramal sebanyak amalan mereka.

4.            Dengan tulus mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, maka orang tersebut akan merasakan manisnya iman

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam

Ada tiga hal, barang siapa melaksanakan ketiga-tiganya maka ia akan merasakan kelazatan iman: Orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta kepada yang lain, orang yang mencintai orang lain hanya kerana Allah dan orang yang benci untuk kembali kekafiran sebagaimana benci untuk masuk ke dalam neraka.
(HR. Bukhari)

5.            Dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan dapat membawa seseorang menuju pada kesempurnaan iman

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadist:

Demi Allah, salah seorang dari kalian tidak akan dianggap beriman hingga diriku lebih dia cintai daripada orang tua, anaknya dan seluruh manusia.
(HR. Al-Bukhari)

Jadi, mereka yang mencintai Rasulullah shalallahu Alaihi wassalam adalah orang-orang yang berpegang teguh serta selalu bersemangat dalam menghidupkan serta mengamalkan ajaran-ajaran Beliau Shalallahu Alaihi wassalam, iaitu dengan mengamalkan sunnah beliau, melaksanakan perintahnya, dan menjauhi segala yang dilarangan olehnya baik dalam perkataan mahupun perbuatan serta sentiasa mendahulukan hal-hal tersebut  daripada hanya mengikuti hawa nafsu. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

 Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 
(Surah At-Taubah:24)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan