Di antara
pertanyaan yang penting yang menuntut untuk dijawab dan dijelaskan hukumnya di
sini adalah pertanyaan: apakah taubat dari suatu dosa sah, jika sambil tetap
melakukan dosa yang lain?
Dalam hal ini
ada dua pendapat ulama, dan keduanya adalah dua riwayat dari imam Ahmad. Orang
yang mengatakan di situ ada ijma', tidak mengetahui ikhtilaf pendapat yang
terjadi, seperti an-Nawawi yang berpendapat lain dan ulama lainnya.
Abu Thalib al
Makki dalam kitabnya "Qutul Qulub" meriwayatkan pendapat berikut ini
dari beberapa ulama: “Orang yang telah taubat dari sembilan puluh
sembilan dosa, namun ia tidak bertaubat dari satu dosa, maka ia menurut kami
bukan kelompok orang yang bertaubat."
[Qutul Qulub:
1/191]
Imam Ibnu
Qayyim berkata: Masalah ini pelik, dan memiliki kerumitan tersendiri. Namun
perlu memilih salah satu pendapat itu dengan diperkuat oleh dalil. Mereka yang
mengabsahkan taubat seperti itu berdalil bahawa keislaman seseorang jelas sah
--dan keislaman itu adalah taubat dari kekafiran-- meskipun ia masih tetap
melakukan maksiat yang ia belum bertaubat darinya. Maka demikian pula halnya
dengan taubat dari suatu dosa sambil masih tetap melakukan dosa yag lain.
Sedangkan
kelompok ulama yang lain berkata: keislaman itu lain masalahnya dari yang lain,
kerana kekuatannya, serta keislaman itu dapat terjadi --dengan keislaman kedua
orang tuanya atau salah satunya-- bagi anak kecil.
Sementara
kelompok ulama yang lain lagi berdalil, bahawa taubat itu adalah kembali kepada
Allah SWT dari melanggar aturanNya menuju ketaatanNya. Maka bagaimana ia dapat
dikatakan kembali jika ia hanya taubat dari satu dosa, sementara masih terus
melakukan seribu dosa lainnya?
Mereka berkata:
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA tidak menghukum orang yang telah bertaubat kerana
orang itu telah kembali kepada ketaatan dan penghambaanNya, serta telah taubat
dengan taubat nasuha. Sedangkan orang yang masih terus melakukan dosa lain yang
sejenisnya --atau malah lebih besar lagi-- tidak dapat dikatakan telah kembali
kepada ketaatan, dan tidak pula telah taubat dengan taubat nasuha.
Mereka berkata:
Orang yang bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA T, darinya
telah hilang cap "pelaku maksiat", seperti orang kafir ketika ia
masuk Islam yang hilang cap "kafir" itu darinya. Sedangkan orang yang
tetap melakukan dosa lain selain dosa yang ia mintakan taubat itu, maka cap
"maksiat" masih tetap melekat padanya, sehingga taubatnya tidak sah.
Rahsia masalah ini adalah: taubat itu memiliki macam-macam bahagian, seperti
kemaksiatan, sehingga ia dapat taubat dari satu segi, tidak pada segi lainnya,
seperti antara keimanan dengan keislaman.
Pendapat yang
kuat adalah: taubat itu dipecah-pecah, seperti perbezaan dalam pelaksanaannya.
Demikian juga dalam jumlahnya. Maka jika seorang hamba telah menjalankan suatu
kewajipan dan meninggalkan kewajipan yang lain, ia akan menerima hukuman atas
yang ditinggalkan itu tidak atas kewajipan yang telah dilakukannya. Demikian
juga halnya orang yang telah bertaubat dari satu dosa dan tetap melakukan dosa
yang lain, kerana taubat adalah kewajipan dari dua dosa. Maka ia telah
melakukan satu dari dua kewajipan dan meninggalkan yang lain. Sehingga apa yang
ditinggalkannya tidak membuat batal apa yang telah dikerjakannya. Seperti orang
yang tidak melaksanakan haji, namun menjalankan solat, puasa dan zakat.
Kelompok yang
lain berkata: taubat adalah satu pekerjaan. Maknanya adalah meninggalkan apa
yang dibenci oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA serta menyesal
dari perbuatannya yang buruk, dan kembali kepada ketaatan kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Maka jika ia tidak melengkapinya, taubatnya itu
tidak sah, kerana ia adalah satu kesatuan ibadah. Maka melaksanakan sebahagian
taubat sementara meninggalkan taubat yang lain adalah seperti orang yang
melakukan sebahagian ibadah dan meninggalkan bahagian lainnya. Dan ikatan bahagian-bahagian
suatu ibadah satu sama lain lebih kuat dari ikatan ibadah-ibadah yang
bermacam-macam, satu sama lain.
Dan kelompok
yang berpendapat lain berkata: setiap dosa memiliki taubat yang khusus baginya,
dan taubat itu wajib dilakukannya. Namun taubat itu tidak berkaitan dengan
taubat dari perbuatan lainnya. Seperti tidak ada kaitan antara satu dosa dengan
dosa lainnya.
Ibnu Qayyim
berkata: menurutku dalam masalah ini adalah: suatu taubat atas suatu dosa tidak
sah jika orang itu tetap menjalankan dosa lainnya yang sejenis. Sedangkan
taubat dari satu dosa sambil masih melakukan dosa lain yang tidak mempunyai
hubungan dengan dosa pertama, juga bukan dari jenisnya, taubat itu sah. Seperti
orang yang bertaubat dari riba, dan belum bertaubat dari meminum khamar
misalnya. Kerana taubatnya dari riba adalah sah. Sedangkan orang yang bertaubat
dari riba fadhl, kemudian ia tidak bertaubat dari riba nasi'ah dan terus
menjalankan riba ini, atau sebaliknya, atau orang yang taubat dari menggunakan ubat
bius dan ia masih tetap minum minuman keras, atau sebaliknya, maka taubatnya
ini tidak sah. Ini adalah seperti orang yang bertaubat dari berzina dengan
seorang wanita, namun ia masih tetap berzina dengan wanita-wanita lainnya, maka
tidak sah taubatnya. Demikian juga orang yang bertaubat dari meminum juice
anggur yang memabukkan, namun ia masih terus meminum minuman lainnya yang
memabukkan juga, maka orang ini sebetulnya belum bertaubat. Namun ia hanya
berpindah dari satu macam ke macam lainnya.
Berbeza dengan
orang yang meninggalkan satu jenis maksiat, sambil menjalankan maksiat jenis
lainnya. Kerana dosanya lebih ringan, atau kerana dorongannya baginya lebih
kuat, serta kekuatan syahwat untuk melakukan itu amat kuat baginya atau juga
faktor-faktor yang mendorongnya untuk terus melakukan itu masih tetap ada,
tidak perlu dicari. Berbeza dengan maksiat yang perlu dicari dahulu perangkatnya
untuk mengerjakannnya, atau juga kerana teman-temannya memilikinya, dan mereka
tidak membiarkannhya untuk bertaubat darinya, dan ia memiliki kehormatan di
hadapan mereka, maka jiwanya tidak membiarkannya untuk merosak penghormatan
mereka atasnya itu dengan melakukan taubat.
[Madarij
Salikin: 1/273-275]
Pendapat yang
aku pilih dalam masalah ini adalah: seluruh orang yang bertaubat dari suatu
dosa dengan taubat yang benar, maka diharapkan Allah SWT menerima taubatnya,
dari dosa itu. Meskipun ia masih terus menjalankan dosa yang lain. Barangsiapa
yang bertaubat dari perbuatan kaum Luth (homoseksual) dengan benar, nescaya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan menerima taubatnya, meskipun ia masih berat
untuk bertaubat dari zina. Orang yang bertaubat dari riba nasi'ah, maka ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan menerima taubatnya, meskipun ia masih
menjalankan riba fadhl. Atau ia taubat dari ghibah (menceritakan keburukan
orang) dan namimah (mengadu domba), meskipun ia masih sering menghina orang,
berbohong ketika bicara atau dosa lidah lainnya.
Taubat itu sah
kerana taubat pada dasarnya adalah hasanah (kebaikan), bahkan kebaikan yang
besar. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang
walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah
akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar."
[an Nisa: 40]
Kemudian ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berjanji akan menerima taubat hamba-hambaNya secara
umum. Dan tidak mengkhususkan satu dosa dari dosa lainnya. Seperti dalam firman
Allah SWT:
"Dan Dialah yang menerima taubat dari
hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan."
[QS. asy-Syuura: 25].
Orang ini telah
bertaubat dari dosanya, dan ia berhak untuk diterima taubatnya oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan dimaafkan.
Kemudian ini sesuai
dengan keluasan rahmat dan maghfirah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencakup
seluruh orang yang berdosa dan seluruh orang yuang bertaubat. Seperti firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA:
"Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
seluruhnya."
Kemudian itu juga akan mengubati
kelemahan manusia, dan menuntunnya secara bertahap, dan membuka kesempatan
baginya meningkat setahap demi setahap. Sehingga ia dapat meninggalkan maksiat
sedikit demi sedikit, dan dari satu fasa ke fasa selanjutnya. Hingga pada
akhirnya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA memberikan hidayah kepadanya untuk meninggalkan
seluruh kemaksiatan itu. Dalam hadits sahih disabdakan:
"Kalian diutus hanya untuk memberi kemudahan
dan tidaklah kalian diutus untuk membuat kesulitan."
Pendapat yang mengatakan
diterimanya taubat seseorang yang taubat ketika ia masih berbuat dosa lagi, dan
ia kemudian kembali bertaubat, didukung oleh hadits yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdoa: Yaa
Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: HambaKu
mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus
dosanya, maka Aku ampuni hambaKu itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu
tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah, hingga orang itu kembali
melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa: Yaa Tuhanku, aku kembali
melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah berfirman: HambaKu mengetahui bahawa
dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni
hambaKu itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang
ditentukan Allah hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdoa: Yaa
Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah berfirman: HambaKu
mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya.
Maka Aku telah berikan ampunan kepada hambaKu, (diulang tiga kali) dan silakan
ia melakukan apa yang ia mahu."
[Hadits
Muttafaq alaih: lihat: al Lu'lu wa al Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Bari
juz 13 hal. 46 dan setelahnya]
Al Qurthubi berkata dalam
kitabnya "al Mufhim fi syarhi Muslim": Hadits ini menunjukkan
kebesaran faedah istighfar, dan keagungan nikmat Allah SWT, keluasan rahmatNya
serta sifat pemaaf dan pemurahNya. Namun istighfar ini adalah permohonan taubat
yang maknanya tertanam dalam hati sambil diiringi dengan ucapan lidah, sehingga
ia tidak lagi menjalankan dosa itu, dan ia merasa menyesal atas perbuatan masa
lalunya. Sehingga itu adalah ungkapan praktikal atas taubat. Seperti dikatakan
oleh hadits: orang yang paling baik dari kalian adalah setiap orang yang
terfitnah (sehingga melakukan dosa) dan sering bertaubat." Maknanya: iaitu
orang yang terulang dosanya dan mengulang taubatnya. Setiap kali ia jatuh dalam
dosa ia mengulang taubatnya. Bukan orang yang berkata dengan lidahnya: aku beristighfar
kepada Allah SWT, namun hatinya masih terus ingin menjalankan maksiat itu.
Inilah istighfar yang masih memerlukan kepada istighfar lagi!
Al Hafizh ibnu
Hajar berkata dalam kitab Fathul Bari ketika memberi komentar atas hadits itu,
sebagai berikut: hal ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi
Dunya dari hadits Ibnu Abbas secara marfu':
"Orang
yang bertaubat adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa, dan orang yang
meminta ampunan dari dosa, sementara ia masih tetap melakukan dosa, adalah
seperti orang yang mengejek Tuhannya."
Ia berkata:
yang rajih adalah: redaksi dari "wal mustaghfir... hingga akhirnya, adalah
mauquf. Atau dari perkataan Ibnu Abbas, bukan hadits Nabi. Yang pertama menurut
Ibnu Majah dan Thabrani, dari hadits Ibnu Mas'ud. Dan sanadnya hasan.
Al Qurthubi
berkata: faedah hadits ini adalah: kembali berbuat dosa adalah lebih buruk dari
ketika pertama kali melakukan dosa itu, kerana dengan kembali berdosa itu ia
bererti melanggar taubatnya. Tapi kembali melakukan taubat adalah lebih baik
dari taubatnya yang pertama, kerana ia bererti terus meminta kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA Yang Maha Pemurah, terus meminta kepadaNya, dan
mengakui bahawa tidak ada yang dapat memberikan taubat selain ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Imam an Nawawi
berkata: dalam hadits itu, suatu dosa --meskipun telah terulang sebanyak
seratus kali atau malah seribu dan lebih-- jika orang itu bertaubat dalam
setiap kali melakukan dosa-- niscaya taubatnya diterima, atau juga ia bertaubat
dari seluruh dosa itu dengan satu taubat, maka taubatnya juga sah. Dan redaksi:
"perbuatlah apa yang engkau mahu" -- atau "Maka silakan ia
berbuat apa yang ia mahu" - maknanya: selama engkau masih melakukan dosa
maka bertaubatlah, nescaya Aku akan ampuni dosamu,"
[Lihat: Fathul
Bari: 14/ 471. Cetakan: Darul Fikr al Mushawirah An Salafiyah]
Benar, taubat
yang sempurna adalah taubat dari seluruh dosa. Dan itulah yang akan membawa
kepada keberuntungan yang disinyalir dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
[QS. an-Nur: 31]
Taubat seperti itulah yang
akan menghapus seluruh keburukan, dan menghilangkan seluruh dosa, dan orangnya
akan masuk dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA tidak mengcewakan Nabi dan orang-orang yang
beriman bersamanya.
Inilah yang
akan menarik cinta ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya, juga kesenangan
dan senyumNya terhadap mereka.
Juga taubat
yang sempurna adalah taubat yang tidak hanya mencegah orang itu untuk kembali
melakukan maksiat saja, namun ia adalah taubat yang mendorongnya untuk
melakukan ketaatan, menjalankan perbuatan yang soleh, serta mematuhi
hukum-hukum syari'ah dan adab-adabnya, secara zahir dan batin, antara dia
dengan Rabbnya, antara dirinya dengan dirinya sendiri, serta antara dirinya
dengan seluruh makhluk. Sehingga ia dapat mencapai keberuntungan di dunia dan
akhirat, dan mendapatkan kemenangan syurga serta selamat dari neraka.
Oleh kerana
itu, kita harus membezakan antara taubat yang menyeluruh yang akan mengantarkan
orang itu kepada kemenangan mendapatkan syurga dan selamat dari neraka, dengan
taubat yang parsial yang memberikan keuntungan kepada orang yang taubat itu
serta membebaskannya dari suatu dosa tertentu, meskipun ia tetap terikat dengan
dosa yang lain. Kedua macam taubat itu mempunyai ketentuan hukumnya
masing-masing.
Semoga
Bermanfaat. Salam Santun Silaturahmi - PATIMBER
Posted by Naufal Habibullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan