Fitnah ertinya perkataan
bohong atau tanpa berdasarkan kebenaran yang disebarkan dengan maksud memburukan
orang. Kata fitnah berasal dari bahasa Arab (الفِتْنَةُ) yang bermakna ujian dan cubaan.
Di dalam Al-Quran dan
hadist sendiri ada banyak makna tentang fitnah, seperti fitnah bermaksud
syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan,
perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan. Termasuk adalah
menyebar berita dusta atau mengada-ngada yang kemudian merugikan orang lain
juga termasuk dalam fitnah.
Hukum
Fitnah
Fitnah merupakan suatu
kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana
itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA berfirman yang ertinya;
“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing
setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu
kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.”
(Q. S. Al-Hujarat : 12).
Seorang Sahabat pernah
bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab;
‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian sahabat
kembali bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah
kemudian menjawab; ‘Kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan
(kebohongan besar).”
(H. R. Muslin, Abu Daud,
dan At-Tirmidzi).
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman
yang ertinya;
“Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim dari orang yang
mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan
sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui
bahawa) dalam neraka jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang
kafir?”
(Q. S. Az-Zumar : 32)
“Mahukah Aku beritakan kepadamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu
selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar
sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan
beritanya adalah dusta.”
(Q. S. Asy-Syuras :
221-223)
“Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
(Q. S. Al-Baqarah : 217).
Dalam hadist yang
diriwayatkan oleh Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya;
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menebar fitnah.”
Macam –
macam Fitnah
Ada dua macam fitnah,
yakni fitnah syubahat dan fitnah syahwat.
1.
Fitnah Syubahat
Syubahat bererti
samar-samar atau tidak jelas. Dalam fiitnah syubahat, seseorang
menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara ma’ruf menjadi
samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari
(dikerjakan). Fitnah syubahat merupakan fitnah paling
berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika
diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.
Rasulullah SAW sangat
mengkhawatirkan fitnah syubahat, sebagaimana hadist yang
diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang ertinya;
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat
mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang
menyesatkan.”
(H. R. Ahmad).
YangTermasuk dalam
fitnah syubahat adalah;
Kekafiran
Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang
orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah
sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa
mereka berbuat sebaik-baiknya. mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap
ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka
hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi
(amalan) mereka pada hari kiamat.
(Q. S. Al Kahfi 18:
103-105).
Kemunafikan
Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan
bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. dan bila dikatakan
kepada mereka: ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka
menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
(Q. S. Al Baqarah 2:
10-11).
Bidaah penyebab perpecahan
Sebuah hadist dari
Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA,
“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu
bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah
berpecah-belah menjadi 72 agama. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan
berpecah-belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka, dan satu di dalam syurga, iaitu
Al-Jama’ah.”
“Dan sesungguhnya akan muncul beberapa kaum dari kalangan umatku yang
hawa-nafsu menjalar pada mereka sebagaimana virus rabies menjalar pada tubuh
penderitanya. Tidak tersisa satu urat dan persendian kecuali sudah
dijalarinya.”
(H. R. Abu Dawud, Ahmad,
Al-Hakim).
2.
Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat merupakan
segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan
oleh mengikuti hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya
malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah SWT dan mengerjakan
apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta andil dari iblis
yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah
segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang
membangkitkan hawa nafsu. Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang
diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Q. S. Al-Imran : 14).
Bahaya Fitnah
Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu
menyesal atas perbuatanmu itu.”
(Q.
S. Al Hujurat : 6).
Apapun yang kita dengar
dari orang lain, segala ucapan itu kita terima dengan telinga, bukan dengan
lidah (ucapan). Berita-berita itu menyebar luas dari telinga ke telinga seolah
keluar dari mulut ke mulut. Hati adalah yang menentukan apakah semua berita
yang didengar itu adalah benar atau salah. Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga,
dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah
adalah besar.”
(Q. S. An Nur : 15).
Selanjutnya, firman Allah
SWT mengenai pertanggungjawab panca indera kita di akhirat;
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik,
yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan
akhirat, dan bagi mereka azab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan
kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut
semestinya, dan tahulah mereka, bahawa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang Menjelaskan
(segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).”
(Q. S. An Nur : 23-25).
Fitnah itu hukumnya sangat
berat, lebih berat daripada ketidaktaatan atau dosa besar. Sebab fitnah itu
sendiri berbahaya;
1.
Menimbulkan kesengsaraan
Oleh sebab berita yang
disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang
difitnah dan boleh jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi
bahan cemuhan. Sedangkan bagi yang memfitnah sendiri tidak akan lagi boleh dipercayai
dan setiap orang pasti akan menjauhinya.
2.
Menimbulkan keresahan
Oleh sebab fitnah yang
disebarkan masyarakat jadi tidak tenang kerana takut. Misalnya, ada yang
difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu saat mereka akan
jadi korban.
3.
Memecah kebersamaan dan tali silaturrahmi
Satu fitnah boleh
menghancurkan satu bangsa kerana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai
masalah yang akhirnya boleh menjadi seperti lingkaran syaitan (masalah yang
tiada akhir).
4.
Dapat mencelakai orang lain
Fitnah lebih kejam daripada
pembunuhan, pada kenyataannya itu memang benar. Fitnah umumnya dilatarbelakangi
ketidaksukaan atau kebencian terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan
turut membangkitkan niat jahat berbuat kriminal yang dapat mencelakai orang
lain.
5.
Fitnah merugikan orang lain
Sudah sangat jelas bahawa
fitnah banyak memberikan korbannya kerugian, mulai dari fizikal, mental, sampai
harta benda dan keluarga. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga diri kerana
pada dasarnya setiap manusia pasti ingin dihargai di mata manusia lainnya.
6.
Tanda orang munafik
Ciri-ciri orang munafik
yakni; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah)
justeru mengkhianatinya, dan melanggar janji.
7.
Masuk neraka
Fitnah merupakan salah satu
dosa besar yang menjadi penghalang seorang Muslim masuk syurga. Akibat dari
perbuatan fitnah sendiri akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila
tidak segera bertaubat maka nerakalah ancamannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan