743. Daripada Abu Juhaifah iaitu Wahab
bin Abdullah ra, katanya: " RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
bersabda:
Yang
bermaksud : "Saya tidak akan makan sambil
bersandar(muttaki)."
(Riwayat
Bukhari)
Al-Khaththabi
berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil
bersandar pada kasur yang diletakkan di bawahnya. Katanya: "Orang itu
bukannya berkehendak akan duduk di atas kasur atau bantal-bantal seperti
kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi ia duduk
sambil gelisah duduknya dan tidak tenang, juga makannya itu secukupnya belaka.
Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi. Selain al-Khaththabi mengisyaratkan
bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring duduknya pada lambungnya
yang sebelah. Wallahu a'lam.
744. Daripada
Anas ra, katanya:
Yang
bermaksud : "Saya melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM makan
kurma sambil duduk berjongkok."
(Riwayat
Muslim)
Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah
merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua betisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan