Dalam bab
ini termasuklah di dalamnya Hadis Kabasyah yang lalu(lihat Hadis no. 761).
764. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
bermaksud : "Saya memberikan minuman kepada Nabi s.a.w.
dari air zam zam, beliau minum sambil berdiri."
(Muttafaq
'alaih)
765. Dari
Annazzal bin Sabrah r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Ali r.a. datang di pintu Rahabah(halaman
sesuatu masjid) lalu ia minum sambil berdiri dan ia berkata: "Sesungguhnya
saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. melakukan sebagaimana yang engkau semua
melihat saya melakukan ini yakni minum sambil berdiri."
(Riwayat
Bukhari)
766. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
bermaksud : "Kita semua dahulu di zaman Rasulullah s.a.w.
pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
767. Dari
'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Saya melihat Rasulullah s.a.w. minum sambil
berdiri dan duduk."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
768. Dari
Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. melarang kalau
seseorang itu minum sambil berdiri. Qatadah berkata: "Lalu kita bertanya
kepada Anas: "Kalau makan, bagaimanakah?" Anas menjawab: "Yang
sedemikian itu yakni yang makan sambil berdiri adalah lebih buruk."
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan bahawa Nabi s.a.w. melarang minum
sambil berdiri.
769. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Janganlah sekali-kali seseorang dari engkau
semua itu minum sambil berdiri, maka barangsiapa yang lupa, maka hendaklah
memuntahkannya."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan