Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 1 Mei 2013

Bab 122 Haramnya Berpakaian Sutera Untuk Kaum Lelaki, Haramnya Duduk Di Atasnya Atau Bersandar Padanya Dan Bolehnya Mengenakannya Untuk Kaum Wanita.




801. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua mengenakan pakaian sutera, kerana sesungguhnya orang mengenakannya di dunia ini, maka ia tidak akan mengenakannya di akhirat."
(Muttafaq 'alaih)

802. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hanyasanya yang mengenakan pakaian sutera ialah orang yang tidak mempunyai bahagian untuknya."
(Muttafaq ‘alaih)
Dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan: "Orang yang tidak mempunyai bahagian untuknya dalam hal kenikmatan di akhirat".

803. Daripada Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengenakan pakaian sutera di dunia, maka ia tidak akan mengenakannya di akhirat nanti."
(Muttafaq 'alaih)

804. Daripada Ali r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengambil sutera lalu meletakkannya di tangan kanannya, juga mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya dua macam benda ini diharamkan atas kaum lelaki dari umatku."
(Riwayat Abu Daud dengan isnad hasan)

805. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Diharamkanlah mengenakan pakaian sutera dan emas atas kaum lelaki dari umatku dan dihalalkan untuk kaum wanitanya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

806. Daripada Hudzaifah r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. melarang kita semua minum dari wadah yang terbuat dari emas dan perak, juga makan daripadanya dan melarang pula mengenakan pakaian sutera tipis dan tebal ataupun duduk di atasnya."
(Riwayat Bukhari)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan