762. Dari
Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup
dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran mata yang saya
lihat di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Alirkanlah
sehingga kotoran itu hilang." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya
saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu
bersabda: "Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu dan
bernafaslah di luar wadah."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
763. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang
kalau ditarik nafas dalam wadah ketika minum atau ditiupkan di dalamnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan