Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : “Hai anak Adam, yakni manusia, Kami telah menurunkan
untukmu semua pakaian-pakaian yang dapat engkau semua gunakan untuk menutupi
aurat-auratmu dan pula pakaian untuk hiasan dan pakaian ketakwaan adalah yang
terbaik."
(al-A'raf:
26)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Dan Allah membuat untukmu semua pakaian-pakaian
untuk memelihara engkau semua dari panas, juga pakaian-pakaian baju besi
untuk melindungi engkau semua dalam peperangan."
(an-Nahl:
81)
776. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Kenakanlah yang berwarna putih dari
pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu adalah yang terbaik di
antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-orang yang mati dari
engkau semua dengan kain yang berwarna putih."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis hasan shahih.
777. Dari
Samurah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Kenakanlah pakaian-pakaian yang putih, sebab yang
sedemikian itu adalah lebih suci dan lebih bagus serta berilah kafan
orang-orang yang mati dari engkau semua dengan kain putih."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Nasa'i dan Hakim dan Hakim mengatakan bahawa ini adalah Hadis
shahih.
778. Dari
al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu adalah seorang yang sedang
tingginya yakni tinggi tubuhnya itu sedang, sungguh-sungguh saya telah melihat
beliau s.a.w. mengenakan pakaian yang berwarna merah. Tidak pernah sama sekali
saya melihat sesuatu apapun yang tampaknya lebih indah dari beliau s.a.w.
itu."
(Muttafaq
'alaih)
779. Dari
Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Saya melihat Nabi
s.a.w. di Mekah. Beliau ada di Abthah dalam kubbahnya (khemahnya) yang berwarna
merah yang terbuat dari kulit yang sudah dimasak. Bilal lalu keluar dengan
membawa air wuduk yang disediakan untuk Nabi s.a.w. Di antara orang-orang itu
ada yang terpercik airnya dan ada pula yang terkena air itu banyak-banyak. Selanjutnya
keluarlah Nabi s.a.w. mengenakan pakaian berwarna merah, seolah-olah saya masih
dapat melihat pada keputihan kedua betisnya. Beliau s.a.w. lalu berwuduk dan
Bilalpun berazan. Saya selalu mengikuti saja gerak mulut Bilal yang bergerak ke
sini dan ke situ sambil mengucapkan azan itu menoleh ke kanan ke kiri yakni ketika
mengucapkan:
"Hayya 'alash shalah (menoleh ke kanan) dan Hayya 'alal falah
(menoleh ke kiri)." Kemudian ditancapkanlah sebuah tongkat di muka beliau
s.a.w. sebagai tanda batas yang tidak boleh dilalui. Beliau s.a.w. lalu maju ke
muka terus bersolat. Di muka beliau s.a.w. itu berlalulah seekor anjing dan
seekor keldai, tetapi tidak dicegah - sebab ada di luar batas tongkat di
atas."
(Muttafaq
'alaih)
Alanazah
dengan fathahnya nun ialah seperti tongkat.
780. Dari
Abu Rimtsah iaitu Rifa'ah at-Taimi r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya melihat Rasulullah s.a.w. dan beliau
mengenakan dua baju yang berwarna hijau." Diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dengan isnad yang shahih.
781. Dari
Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. memasuki kota Mekah pada
waktu membebaskan Mekah dan beliau s.a.w. mengenakan serban hitam."
(Riwayat
Muslim)
782. Dari
Abu Said iaitu 'Amr bin Huraits r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Seolah-olah saya masih dapat melihat kepada
Rasulullah s.a.w. dan beliau s.a.w. pada waktu itu mengenakan serban hitam.
Beliau melemberehkan ujungnya di antara kedua bahunya."
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim lain disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w.berkhutbah di
muka para manusia dan beliau s.a.w. mengenakan serban hitam.
783. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. dikafani ketika wafatnya
dengan tiga buah baju yang berwarna putih, buatan negeri Sahul iaitu terbuat
dari kapuk. Di dalam kafan itu tidak terdapat gamis dan tidak ada pula
serbannya."
(Muttafaq
'alaih)
Assabuliyah
dengan fathahnya sin dan boleh pula dengan dhammahnya ha', sin dan ha' itu
muhmalah, ertinya ialah baju atau pakaian yang dinisbatkan kepada negeri Sahul
iaitu sebuah desa di Daerah Yaman. Alkursuf ertinya kapuk.
784. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. pada suatu pagi keluar dan
beliau s.a.w. mengenakan baju yang digambari dengan gambar pelana dan terbuat
dari rambut hitam."
(Riwayat
Muslim)
Almirth
dengan kasrahnya mim ialah pakaian dan Almurahhat dengan ha' muhmalah, iaitu
yang bergambar pelana unta dan itulah yang disebut Alakwaar (yakni jamaknya
Akkuur, ertinya pelana unta).
785. Dari
al-Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Saya berada dalam
perjalanan bersama Nabi s.a.w. pada suatu malam. Kemudian beliau bertanya:
"Adakah engkau membawa air?" Saya menjawab: "Ya." Beliau
lalu turun dari kenderaannya lalu berjalan sehingga tertutup dalam kegelapan
waktu malam. Selanjutnya beliau datang kembali. Seterusnya saya menuangkan air
pada beliau untuk bersuci. Beliau s.a.w. lalu membasuh wajahnya dan beliau
mengenakan jubah (baju panjang sampai ke lutut) yang terbuat dari bulu,
kemudian beliau tidak dapat mengeluarkan kedua lengannya dari baju itu kerana
sempitnya lubang tangan sehingga dikeluarkanlah kedua lengannya itu dari bawah
jubah. Selanjutnya beliau s.a.w. membasuh kedua lengannya dan mengusap
kepalanya. Sesudah tu saya turun ke bawah hendak melepaskan kedua sepatu
khufnya, tetapi beliau s.a.w. bersabda: "Biarkan sajalah kedua sepatu itu,
sebab sesungguhnya saya memasukkannya itu dalam keadaan suci, seterusnya beliau
s.a.w. mengusap di atas kedua sepatunya itu."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Beliau s.a.w. mengenakan jubah buatan negeri
Syam yakni Palestin yang sempit kedua lubang tangannya.
Dalam
riwayat lain lagi disebutkan bahawasanya peristiwa ini yakni sebagaimana yang
diuraikan di atas adalah terjadi dalam perang Tabuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan