754. Dari
Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bernafas ketika minum
sebanyak tiga kali.
Muttafaq
'alaih. Yakni bernafas di luar wadah.
755. Dari
Ibnu Abbas raaniailahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
bermaksud : "Janganlah engkau semua minum sekaligus
seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali. Bacalah
Bismillah jikalau engkau semua memulai minum dan bacalah Alhamdulillah jikalau
engkau semua angkat yakni selesai minum."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
756. Dari
Abu Qatadah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang jikalau ditarik
nafas dalam wadah."
Muttafaq
'alaih. Yakni ditariknya nafas dalam wadah tempat seseorang itu minum.
757. Dari
Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. diberi susu yang telah
dicampur dengan air. Di sebelah kanannya ada seorang Arab (penghuni pedalaman
negeri Arab) dan di sebelah kirinya ialah Abu Bakar r.a. Beliau s.a.w. lalu
minum, kemudian memberikan wadah isi susu itu kepada orang Arab dan beliau
s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah yang kanan dulu lalu yang sebelah
kanannya."
(Muttafaq
'a(aih)
758. Dari
Sahl bin Sa'ad r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. diberi minuman
lalu beliau meminumnya dan di sebelah kanannya ada anak kecil sedang di sebelah
kirinya ada beberapa orang tua. Beliau s.a.w. lalu berkata kepada anak yang di
sebelah kanannya: "Adakah engkau izinkan jikalau saya memberikan kepada
orang-orang tua ini?" Anak itu berkata: "Tidak, demi Allah,
saya tidak mahu mengalahkan diri sendiri kepada seseorangpun dari bahagianku
daripada Tuan itu." Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkannya di tangan
anak tersebut.
(Muttafaq
'alaih)
Ucapannya: tallahu ertinya
meletakkannya. Adapun anak kecil itu ialah Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma
sewaktu masih kecilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan