745. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu'anhuma, katanya:"Rasulullah s.a.w. bersabda;
Yang bermaksud : "Jikalau seseorang dari engkau semua makan sesuatu makanan, maka janganlah mengusap jari-jarinya sebelum menjilatnya untuk mendapatkan keberkahan atau menjilatkannya kepada orang lain seperti kepada anaknya, muridnya dan lain-lain."
(Muttafaq
'alaih)
746. Dari
Ka'ab bin Malik r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan
menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya."
(Riwayat
Muslim)
747. Dari
Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan
piring dan beliau bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui
di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu."
(Riwayat
Muslim)
748. Dari
jabir r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w, bersabda:
Yang
bermaksud : "Jikalau suapan seseorang di antara engkau
semua itu jatuh, maka singkirkanlah kotoran-kotoran yang melekat di situ dan
kemudian hendaklah memakannya serta janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh
syaitan. Jangan pula seseorang itu mengusap tangannya dengan saputangan
sehingga ia menjilati jari-jarinya, sebab sesungguhnya ia tidak dapat
mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu."
(Riwayat
Muslim)
749. Dari
Jabir r.a. pula, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya syaitan itu mendatangi
seseorang dari engkau semua dalam segala hal yang dilakukannya, sampaipun ia
datang pula ketika ia makan. Maka jikalau suapan seseorang di antara engkau
semua itu jatuh, maka hendaklah diambilnya lalu menyingkirkan kotoran yang
melekat padanya dan selanjutnya hendaklah memakannya dan janganlah ditinggalkan
untuk dimakan oleh syaitan. Kemudian apabila ia telah selesai, maka hendaklah
menjilat jari-jarinya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui di makanan yang
manakah terletaknya keberkahan itu."
(Riwayat
Muslim)
750. Dari
Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila makan sesuatu
makanan, maka beliau menjilati jari-jarinya yang tiga, yang digunakan untuk
makan yakni ibu jari, telunjuk dan tengah dan beliau s.a.w. bersabda:
"Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka singkirkanlah
kotoran-kotoran yang melekat di situ, selanjutnya hendaklah memakannya dan
janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan." Beliau s.a.w. juga menyuruh
kepada kita supaya kita mengusap piring lalu memakan sekali jikalau ada makanan
yang ada di situ dan beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya engkau
semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan
itu."
(Riwayat
Muslim)
751. Dari
Said bin al-Harits bahawasanya ia bertanya kepada Jabir tentang hal apakah
wajib berwuduk kerana makan sesuatu yang terkena oleh api yakni yang dimasak
dengan api lalu ia menjawab: "Tidak, sungguh-sungguh kita
dahulu iaitu di zaman Nabi s.a.w. tidak mendapatkan makanan yang dimasak dengan
api itu kecuali sedikit sekali. Jikalau kita menemukan makanan itu, kita tidak
mempunyai saputangan-saputangan untuk mengusap selesai memakannya melainkan
yang ada ialah tapak-tapak tangan kita, lengan-lengan kita serta kaki-kaki kita
maksudnya tapak tangan, lengan dan kaki itulah yang digunakan untuk mengusap
jari-jari setelah selesai makan, seterusnya kitapun lalu bersolat dan kita
tidak berwuduk lagi."
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan