Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 30 April 2013

Bab 120 Sunnahnya Meninggalkan Yang Tinggi-tinggi Yakni Yang Terlampau Indah Dalam Hal Pakaian Kerana Maksud Merendahkan Diri.



Dalam bab Keutamaan lapar dan mengenakan yang kasar-kasar dalam kehidupan sudah diuraikan lebih dulu beberapa keterangan yang berhubungan dengan bab ini.

799. Daripada  Mu'az bin Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang meninggalkan keindahan pakaian kerana maksud merendahkan diri kepada Allah, padahal ia kuasa untuk menggunakannya, maka ia akan dipanggil oleh Allah pada hari kiamat dengan disaksikan oleh kepala sekalian makhluk yakni di hadapan orang banyak, sehingga Allah akan menyuruhnya supaya memilih pakaian apa saja yang ia ingin mengenakannya dari berbagai pakaian keimanan."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan