759. Dari
Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang memecahkan
mulutnya tempat-tempat minum." Yakni memecahkan mulutnya lalu minum
daripada tempat itu."
(Muttafaq
'alaih)
760. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang diminumnya
sesuatu dari mulut tempat minum itu atau dari mulut girbah tempat minum dari
kulit."
(Muttafaq
'alaih)
761. Dari
Ummu Tsabit iaitu Kabasyah binti Tsabit, saudarinya Hassan bin Tsabit
radhiallahu 'anhu wa 'anha, katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat saya lalu
minum dari mulut girbah yang digantungkan sambil beliau itu berdiri. Kemudian
saya berdiri menuju mulut girbah tadi dan saya memotongnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Sebabnya
wanita itu memotong mulut girbah tadi hanyalah kerana dengan maksud hendak
menyimpan tempat yang terkena mulutnya Rasulullah s.a.w. dan hendak
mengharapkan keberkahan daripadanya serta hendak menjaganya dari penghinaan.
(Hadis ini -no. 761) ditanggungkan atas adanya keterangan yang membolehkan
minum dari mulut girbah dan lain-lain sedang dua Hadis yang di mukanya untuk
menerangkan hal yang lebih utama serta lebih sempurna.
Wallahu
a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan