771. Dari
Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Waktu solat sudah datang, lalu berdirilah
orang-orang yang dekat rumahnya ke keluarganya masing-masing untuk mengambil
air wuduk dan masih tertinggal beberapa orang beserta Nabi s.a.w. Kemudian
Rasulullah s.a.w. diberi sebuah wadah yang terbuat dari batu. Maka wadah itu
terlampau kecil kalau di dalamnya itu dibeberkan tapak tangan beliau s.a.w. dan
keluarlah air dari jari-jari beliau s.a.w. itu. Orang-orang itu lalu berwuduk
semuanya. Orang-orang sama berkata; "Berapa jumlahmu tadi?" Jawabnya:
"Lapan puluh orang dan ada lebihnya."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah riwayat Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Bukhari dan juga Imam Muslim
disebutkan demikian:
Bahawasanya
Nabi s.a.w. meminta wadah berisi air, kemudian diberi suatu gelas yang dangkal
dasarnya (semacam mangkuk) di dalamnya ada sedikit air, lalu beliau s.a.w.
meletakkan jari-jarinya itu dalam wadah tadi. Anas berkata: "Saya mulai
melihat pada air yang menyumbar dari jari-jari beliau s.a.w. itu. Saya meneka
jumlah orang yang berwuduk itu antara tujuh puluh sampat lapan puluh orang
banyaknya.
772. Dari
Abdullah bin Zaid r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Kita didatangi oleh Nabi s.a.w. lalu kita
mengeluarkan air untuknya yang di tempatkan dalam wadah mangkuk yang terbuat
dari tembaga, lalu beliau s.a.w. berwuduk."
(Riwayat
Bukhari)
Ashshufr dengan dhammahnya shad dan boleh
pula dengan kasrahnya shad, iaitu tembaga. Attaur adalah
seperti gelas, kata ini dengan ta' mutsannat di atas.
773. Dari
Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. memasuki seorang Anshar dan
disertai oleh seorang sahabatnya yakni Abu Bakar as-Shiddiq, lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jikalau engkau mempunyai, bolehlah memberikan air yang
ada di dalam girbah yang sedang menginap semalam maksudnya yang dingin,
tetapi jikalau tidak ada, kita akan menguguk saja," yakni minum dengan
mulut tanpa menggunakan wadah atau tangan.”
(Riwayat
Bukhari)
774. Dari
Hudzaifah r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang kita
mengenakan pakaian dari sutera halus ataupun sutera kasar untuk lelaki, juga
melarang kita minum dari wadah yang terbuat dari emas atau perak untuk lelaki
dan wanita dan beliau s.a.w. bersabda: "Semua itu adalah untuk mereka
orang-orang kafir di dunia, tetapi untukmu semua(kaum Muslimin) di
akhirat."
(Muttafaq'alaih)
775. Dari
Ummu Salamah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Orang yang minum dari wadah perak itu,
sebenarnya saja ia meletakkan api neraka jahanam dalam perutnya."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah saw bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya orang yang makan atau minum
dari wadah perak atau emas," juga dalam riwayat Imam Muslim yang lain lagi
disebutkan: Beliau s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang minum dari wadah
emas atau perak, maka sebenarnya saja ia
meletakkan api dari neraka Jahanam dalam perutnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan