Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Maka
jikalau solat sudah diselesaikan, maka menyebarlah di bumi dan carilah dari
keutamaan Allah dan ingatlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, supaya engkau
semua dapat berbahagia."
(al-Jumu'ah:
10)
1144.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sebaik-baik
hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itulah
Adam diciptakan dan pada hari itu pula ia dimasukkan dalam syurga dan juga pada
hari itulah ia dikeluarkan dari syurga itu."
(Riwayat
Muslim)
1145.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya, Kemudian mendatangi solat Jumaat terus
mendengar dan berdiam diri tidak berbicara sama sekali, maka diampunkanlah
untuknya antara Jumaat itu dengan Jumaat yang berikutnya, dengan diberi
tambahan tiga hari lagi. Barangsiapa yang memegang kerikil batu kecil untuk
dipermain-mainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, maka ia telah
melakukan kelalaian yakni bersalah."
(Riwayat
Muslim)
1146.
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya:
Yang
Bermaksud : "Solat
lima waktu dan dari Jumaat satu ke Jumaat berikutnya, dari Ramadan ke Ramadan,
adalah sebagai penebus yakni penebus dosa antara waktu-waktu kesemuanya itu
yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama dosa-dosa besar
dijauhi."
(Riwayat
Muslim)
1147.
Daripada Abu Hurairah dan juga dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhum, bahawasanya
keduanya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas tiang-tiang mimbarnya:
Yang
Bermaksud : "Nescayalah
kaum-kaum orang-orang banyak itu harus suka menghentikan kebiasaan mereka
meninggalkan solat-solat Jumaat, atau kalau tidak demikian, maka nescayalah
Allah akan menutup di atas hati-hati mereka kemudian pastilah mereka akan
termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai."
(Riwayat
Muslim)
1148.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Jikalau
seseorang di antara engkau semua mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi
dulu."
(Muttafaq
'alaih)
1149.
Daripada Abu Said r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Mandi
Jumaat itu adalah wajib bagi setiap orang yang sudah baligh."
(Muttafaq
'alaih)
Yang
dimaksudkan dengan Almuhtalim ialah orang yang sudah baligh
dewasa dan berakal, sedang yang dimaksudkan wajib ialah secara pilihan, seperti
kata seseorang pada kawannya: "Hakmu itu wajib atasku."
1150.
Daripada Samurah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
berwuduk pada hari Jumaat, maka dengan keringanan itu bolehlah dilakukan dan
tanpa mandi dan itupun sudah baik. Tetapi barangsiapa yang mandi, maka mandi
itu adalah lebih utama."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
1151.
Daripada Salman r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tidaklah
seseorang lelaki itu mandi pada hari Jumaat, lalu bersuci sekuasa ia melakukan
bersuci tadi dan berminyak dengan minyaknya atau mengambil dari sebahagian
harum-haruman minyak harum yang ada di rumahnya, selanjutnya ia keluar, lalu
tidak memisahkan antara dua orang yang sedang duduk, kemudian bersolat yang
telah ditentukan untuknya yakni solat sunnah Tahiyatul Masjid, seterusnya
berdiam diri tidak bercakap-cakap ketika imam berbicara, melainkan
diampunkanlah untuknya antara Jumaat itu dengan Jumaat lainnya yakni yang
berikutnya."
(Riwayat
Bukhari)
1152.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
mandi pada hari Jumaat sebagaimana mandi ketika janabah, lalu pergi ke
masjid, maka seolah-olah ia berkorban seekor unta, dan barangsiapa yang pergi
pada jalan kedua, maka seolah-olah ia berkorban seekor lembu, dan barangsiapa
pergi pada jam ketiga, maka seolah-olah ia berkorban seekor kambing yang
bertanduk, dan barangsiapa pergi pada jam keempat, maka seolah-olah ia
berkorban seekor ayam betina, dan barangsiapa pergi pada jam kelima, maka
seolah-olah ia berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar, maka para
malaikat yang mencatat itu semuanya mendengarkan zikir yakni khutbah."
(Muttafaq
'alaih)
Sabdanya: Ghuslal
janabah yakni mandi seperti mandi ketika janabah dalam sifat dan
keadaannya.
1153.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut-nyebutkan
hari Jumaat, lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Dalam
hari Jumaat itu suatu saat yang tidak dicocoki oleh seseorang Muslim dan ia
sedang berdiri bersolat sambil memohonkan sesuatu permohonan kepada Allah,
melainkan Allah akan memberikan apa yang dimohonkannya itu." Rasulullah
mengisyaratkan dengan tangannya sebagai tanda mempersedikitkan waktu yang
dimaksudkan itu."
(Muttafaq
'alaih)
1154.
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Abdullah
bin Umarradhiallahu 'anhuma berkata: "Apakah engkau pernah mendengar
ayahmu menceritakan tentang Rasulullah s.a.w. dalam hal solat Jumaat?" la
berkata: "Saya Abu Burdah menjawab: "Ya, saya pernah mendengar ia
berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Waktu yang mustajab itu ialah antara duduknya imam di atas mimbar
sampai solat diselesaikan."
(Riwayat
Muslim)
1155.
Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
di antara hari-harimu semua yang lebih utama ialah hari Jumaat, maka dari itu
perbanyakkanlah membaca selawat padaku dalam hari Jumaat itu, sebab
sesungguhnya selawatmu semua itu ditunjukkan kepadaku."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan