Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 30 Julai 2013

Bab 371 Kitab Istighfar Mohon Pengampunan
























Kitab Istighfar Mohon Pengampunan :


Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan mohonlah pengampunan kepada Allah kerana dosamu."
(Muhammad: 19)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Dan mohonlah pengampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(an-Nisa': 106)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Maka mahasucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhanmu dan mohonlah pengampunan kepadaNya, sesungguhnya Tuhan itu adalah Maha Penerima taubat."
(an-Nashr: 3)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Bagi orang-orang yang bertakwa adalah beberapa syurga di sisi Tuhan mereka yang di bawahnya itu mengalirlah beberapa sungai," sampai pada firmanNya: "Dan orang-orang yang memohonkan pengampunan di waktu pagi."
(ali-lmran: 15)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang Bermaksud : "Dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian memohonkan pengampunan kepada Allah, maka ia akan mendapatkan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(an-Nisa': 110)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Tidaklah Allah itu akan menyiksa mereka, selagi engkau -Muhammad masih ada di kalangan mereka. Allah juga tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka itu masih suka memohonkan pengampunan."
(al-Anfal: 13)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang Bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila melakukan kejahatan atau mengianiaya dirinya sendiri, mereka lalu ingat kepada Allah, kemudian memohonkan pengampunan kerana dosa-dosa mereka itu. Siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa itu selain Allah? Dan mereka tidak terus-menerus mengulangi perbuatan yang jahat itu, sedang mereka mengetahui."
 (ali-lmran: 135)

Ayat-ayat dalam bab ini banyak, lagi pula dapat dimaklumi.

1866. Daripada al-Aghar al-Muzani r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya saja, nescayalah diterangi dengan cahaya dalam hatiku dan sesungguhnya saya itu nescayalah beristighfar yakni memohonkan pengampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari."
(Riwayat Muslim)

1867. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam seharinya lebih dari tujuh puluh kali."
(Riwayat Bukhari)

1868. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tidak melakukan apa-apa yang berdosa nescayalah Allah Taala melenyapkan engkau semua dan nescayalah akan mendatangkan lagi sesuatu kaum yang berbuat dosa, lalu mereka itu beristighfar kepada Allah, kemudian Allah memberikan pengampunan kepada mereka itu."
(Riwayat Muslim)

1869. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua pernah menghitung Rasulullah s.a.w. dalam sekali majlis mengucapkan istighfar sebanyak seratus kali, iaitu: Rabbighfir li wa tub 'alayya, innaka antat tawwabur rahim."
Ertinya: Ya Tuhan, ampunilah saya serta terimalah taubat saya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat lagi Penyayang.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1870. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang tetap secara langsung beristighfar kepada Allah, maka Allah menjadikan untuknya suatu jalan keluar dari setiap kesempitan atau kesukaran yang ditemuinya, juga diberi kelapangan dari setiap kesusahan yang dirasakannya, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah dikira-kira olehnya."
(Riwayat Abu Daud)

1871. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengucapkan: Astaghfirullahal-ladzi lailaha illa huwal hayyal qayyuma wa atubu ilaih ertinya: Saya beristighfar kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri dan saya bertaubat kepadaNya, maka diampunkanlah semua dosanya sekalipun ia benar-benar pernah melarikan diri dari barisan yang sedang berperang."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud, Termidzi dan Hakim dan Hakim berkata bahawa ini adalah Hadis menurut syarat Imam-imam Bukhari dan Muslim.

1872. Daripada Syaddad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Penghulu semua bacaan istighfar itu ialah apabila seseorang hamba mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Saya menetapi perjanjian dan ketentuan yang saya ikrarkan kepadaMu yakni berupa kebaktian, keimanan dan keikhlasan, sedapat yang saya lakukan. Saya mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukannya apa yang saya lakukan. Saya mengakui akan kenikmatan yang Engkau limpahkan pada diriku dan saya mengakui pula akan dosaku. Maka dari itu, berilah pengampunan padaku, kerana sesungguhnya saja tidak ada yang dapat mengampuni semua dosa kecuali Engkau sendiri. Barangsiapa yang mengucapkan istighfar di atas itu pada waktu siang dengan penuh kepercayaan akan isi kandungannya, kemudian meninggal dunia pada harinya itu sebelum petang harinya, maka ia adalah termasuk golongan ahli syurga. Selanjutnya barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dan ia mempunyai kepercayaan penuh akan isi kandungannya, lalu meninggal dunia sebelum pagi harinya, maka ia adalah termasuk golongan ahli syurga."
(Riwayat Bukhari)

Abu-u dengan ba' yang didhammahkan, kemudian waw dan hamzah mamdudah, ertinya ialah mengikrarkan serta mengakui.

1873. Daripada Tsauban r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila selesai dari solatnya lalu beristighfar kepada Allah tiga kali dan selanjutnya mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, Engkau adalah Maha Menyelamatkan, daripadaMulah datangnya keselamatan. Maha Suci Engkau, hai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."

Kepada al-Auza'i iaitu salah seorang yang meriwayatkan Hadis ini, ditanyakan: "Bagaimanakah ucapan istighfar itu?" la menjawab: "Iaitu mengucapkan Astaghfirullah, astaghfirullah.”
(Riwayat Muslim)

1874. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu memperbanyak ucapannya sebelum wafatnya, iaitu yang ertinya: "Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya. Saya beristighfar kepada Allah serta bertaubat kepadaNya.”
(Muttafaq ‘alaih)

1875. Daripada Anas r.a., katanya:  "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman dalam Hadis qudsi: "Hai anak Adam yakni manusia, sesungguhnya engkau itu, selama masih suka berdoa dan berharap kepadaKu, pastilah Aku mengampuni engkau semua atas dosa apa saja yang ada pada dirimu dan Aku tidak memperdulikan banyaknya. Hai anak Adam, jikalau dosa-dosamu itu sampai mencapai mega di langit, kemudian engkau beristighfar kepadaKu pastilah Aku mengampuni engkau dan Aku tidak memperdulikan banyaknya. Hai anak Adam, sesungguhnya engkau itu, jikalau datang kepadaKu dengan membawa berbagai kesalahan hampir sepenuh isi bumi, kemudian engkau menemui Aku, asalkan engkau tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, nescayalah Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan hampir sepenuh isi bumi itu pula."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. 'Ananus sama' dengan fathahnya 'ain, ada yang mengatakan ertinya itu ialah mega atau awan, juga ada yang mengatakan, ertinya ialah apa-apa yang tampak padamu dari mega itu Qurabul ardhi dengan dhammahnya qaf, ada yang meriwayatkan dengan kasrahnya qaf, tetapi dengan dhammah adalah lebih tersohor, ertinya ialah apa-apa yang hampir memenuhi bumi.

1876. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hai semua golongan kaum wanita(perempuan), bersedekahlah engkau semua dan perbanyakkanlah beristighfar, sebab sesungguhnya saya melihat bahawa engkau semua itu adalah sebanyak-banyaknya ahli neraka."
Kemudian ada seorang wanita dari yang hadir di waktu itu berkata: "Mengapa kita kaum wanita merupakan jumlah terbanyak dari para ahli neraka?" Beliau s.a.w. menjawab: "Engkau semua itu suka memperbanyakkan melaknat serta menutupi kebaikan suami. Saya tidak melihat orang-orang yang kurang akal dan agamanya di kalangan makhluk yang berakal yang lebih ghalib yakni lebih banyak daripada engkau semua itu." Wanita tadi berkata lagi: "Apakah kekurangan akal dan agama kita?" Beliau s.a.w. menjawab: "Persaksian dua orang perempuan adalah sama nilainya dengan persaksian seorang lelaki inilah satu tanda kekurangan akalnya dan pula wanita itu diam berhari-hari tanpa melakukan solat sebab haidh, nifas dan sebagainya dan inilah tanda kekurangan agamanya."
(Riwayat Muslim)























Tiada ulasan:

Catat Ulasan