Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 30 Julai 2013

Bab 372 Uraian Perihal Apa-apa Yang Disediakan Oleh Allah Taala Untuk Kaum Mukminin Di Dalam Syurga




ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa akan berdiam di dalam beberapa syurga yang di tengahnya ada beberapa mata air yang memancar. Masuklah engkau semua ke dalamnya dengan selamat serta aman sentosa. Dan Kami hilangkan rasa kedengkian yang ada di dalam hati mereka, sehingga mereka menjadi sebagai saudara-saudara, saling berhadap-hadapan di atas ranjang. Mereka tidak pernah disentuh oleh keletihan dalam syurga itu dan mereka tidak akan dikeluarkan dari sana." 
(al-Hijr: 45-48)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Hai hamba-hambaKu, pada hari ini engkau semua tidak perlu merasa takut dan tidak perlu pula berhati susah. Iaitu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka adalah pemeluk-pemeluk Agama Islam. Masuklah engkau semua dalam syurga, juga isteri-isterimu dengan perasaan gembira. Kepada mereka diedarkanlah piring-piring dari emas, demikian pula gelas-gelasnya. Di situ terdapatlah semua yang diinginkan oleh jiwa dan yang sedap dipandang mata dan engkau semua kekal di dalamnya. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu semua dengan sebab amalan kebaikan yang telah engkau semua lakukan. Di situ engkau semua akan memperoleh buah-buahan yang banyak sekali, sebahagian daripada buah-buahan itu engkau semua akan memakannya." 
(az-Zukhruf: 68-73)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman lagi:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu akan berdiam di tempat yang aman sentosa yakni syurga. Mereka mengenakan sutera halus dan sutera berkembang, sambil duduk berhadap-hadapan. Demikianlah hal-ihwal para ahli syurga itu. Mereka juga Kami kahwinkan dengan bidadari-bidadari yang jelita matanya. Di situ mereka dapat meminta segala macam buah-buahan dengan aman dan sentosa. Di situ mereka tidak akan merasakan kematian lagi, selain kematian yang pertama ketika di dunia dulu. ALLAH melindungi mereka dari siksa neraka jahim. Sebagai kurnia dari Tuhanmu. Yang sedemikian itu adalah suatu kebahagiaan yang agung sekali." 
(ad-Dukhan: 51-57)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebaktian kepada ALLAH Itu nescayalah memperoleh kenikmatan. Di atas sofa mereka memandang. Engkau dapat mengenal cahaya kenikmatan tadi pada wajah-wajah mereka. Mereka diberi minum dari minuman yang ditutup rapat. Tutupnya adalah minyak kasturi dan untuk memperoleh itu hendaklah berlumba-lumba orang-orang yang mahu berlumba-lumba. Adapun campurannya adalah dari tasnim. Iaitu merupakan sebuah mata air yang dengan minuman inilah orang-orang yang dekat kepada ALLAH  akan dapat meminumnya." 
(al-Muthaffifin: 22-28)

Ayat dalam bab ini masih banyak lagi dan dapat dimaklumi.

1877. Daripada Jabir ra, katanya: NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Dalam syurga itu para ahli syurga sama makan dan minum, tetapi mereka itu tidak membuang air besar, tidak beringus dan tidak pula membuang air kecil, tetapi makanan yang sedemikian itu dapat pula keluar sendawa dan sebagaimana keringat yang keluar dari tubuhnya itu adalah berbau minyak kasturi. Mereka diilhami untuk terus bertasbih serta bertakbir kepada ALLAH sebagaimana juga dikurniainya pernafasan tanpa kesukaran dalam kesemuanya itu." 
(Riwayat Muslim)

1878. Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman dalam Hadis Qudsi: "Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh pahala yang tidak pernah ada mata melihatnya, tidak pernah ada telinga mendengarnya, juga tidak ada lintasan dalam hati seseorang manusiapun. Bacalah olehmu semua sekehendakmu ayat yang ertinya: "Maka tiada seorangpun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata."
(as-Sajdah:17) (Muttafaq'alaih)

1879. Daripada Abu Hurairah ra pula, katanya: NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Pertama kali kelompok yang memasuki syurga itu adalah bagaikan rupa bulan purnama yakni ketika tanggal empat belas kemudian orang-orang yang masuk di belakang mereka itu adalah sebagai bintang di langit yang terterang cahayanya. Mereka itu di dalam syurga tidak akan mengeluarkan kotoran, kecil atau besar juga tidak pernah berludah dan beringus. Sisirnya adalah terbuat dari emas sedang keringatnya adalah bagaikan minyak kasturi dan perapiannya adalah aluwah iaitu kayu harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari-bidadari yang jelita matanya. Mereka itu dititahkan sebagai seorang lelaki yang sama, sebagaimana rupa ayah mereka yakni Nabi Adam, tingginya ada enam puluh hasta ke langit yakni ke atasnya." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam-imam Bukhari dan Muslim disebutkan pula:

Yang Bermaksud : "Di dalam syurga wadah-wadah yang dipergunakan oleh mereka yakni para ahli syurga adalah terbuat dari emas, keringat mereka adalah bagaikan minyak kasturi. Tiap seseorang dari semua ahli syurga itu mempunyai dua orang isteri yang sumsum betisnya itu dapat dilihat dari balik daging kerana indahnya, tiada perbezaan antara para ahli syurga itu dan tiada pula rasa saling benci membenci. Hati mereka adalah bagaikan hati satu orang lelaki. Mereka sama memahasucikan ALLAH pada waktu pagi dan petang."
Sabdanya: 'ala khalqi rajulin, oleh sebahagian alim-ulama diriwayatkan dengan fathahnyakha' dan sukunnya lam lalu berbunyi khalqi, ertinya kejadian atau bentuk rupa  dan sebahagian mereka meriwayatkan dengan dhammahnya kha' dan lam lalu berbunyi khuluqi, ertinya budipekerti dan keduanya itu benar semua.

1880. Daripada al-Mughirah bin Syu'bah dari NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sabdanya:

Yang Bermaksud : "Musa bertanya kepada Tuhannya: "Bagaimanakah serendah-rendah tingkat ahli syurga itu?" ALLAH berfirman: "Iaitu seorang lelaki yang datang sesudah para ahli syurga dimasukkan dalam syurga. Kepadanya dikatakan: "Masuklah ke dalam syurga!" Orang itu berkata: "Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat masuk, sedang orang-orang sudah sama menempati kediamannya sendiri sendiri dan mereka telah pula mengambil bahagian yang ditentukan untuk mereka ambil yang berupa kenikmatan-kenikmatan yang bermacam-macam."
Kepadanya dikatakan lagi: "Adakah engkau redha kalau untukmu diberikan bahagian seperti kerajaan seseorang raja dari sekian banyak raja-raja di dunia?" la menjawab: "Saya redha." ALLAH lalu berfirman: "Engkau dapat memperoleh yang sedemikian dan lagi yang seperti itu, lagi yang seperti itu, juga yang seperti itu pula dan seperti itu pula." Untuk kelima kalinya ia berkata: "Saya redha ya Tuhanku." ALLAH berfirman pula: "Inilah untukmu dan ada sepuluh lagi yang seperti dengan ini. Untukmu juga segala sesuatu yang diinginkan oleh hatimu dan yang nyaman dipandang oleh matanya." Orang itu berkata: "Saya redha ya Tuhanku."
Musa bertanya lagi: "Ya Tuhanku, bagaimanakah tingkat yang tertinggi bagi ahli syurga itu?" ALLAH berfirman: "Mereka itu adalah orang-orang yang Aku kehendaki. Aku tanamkan kekaramahan mereka dengan tangan kekuasaanKu dan Aku tutupkan atasnya supaya tidak diketahui oleh siapapun. Kerana itu, tiada mata yang pernah melihat, tiada telinga yang pernah mendengar dan tiada pernah terlintas dalam hati seseorang manusiapun."
( Riwayat Muslim)

1881.Daripada Ibnu Mas'ud ra, katanya: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya saya nescayalah mengetahui orang dari golongan ahli neraka yang terakhir sekali keluarnya dari neraka itu dan ia pulalah orang dari golongan ahli syurga yang terakhir sekali masuknya dalam syurga. Iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu ALLAH 'AZZAWAJALLA berfirman padanya: "Pergilah menjauhi dari neraka dan masuklah dalam syurga." Orang itu mendatangi syurga kemudian tampak di matanya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak. la kembali lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya mendapatkan syurga itu sudah penuh sesak." ALLAH 'AZZAWAJALLA berfirman lagi padanya: "Pergilah dan masuklah dalam syurga." Sekali lagi ia mendatangi syurga itu dan tampak pula dalam pandangannya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak. la kembali pula lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya mendapatkan syurga itu sudah penuh sesak."
ALLAH 'AZZAWAJALLA berfirman pula: "Pergilah, sesungguhnya untuk bahagianmu itu adalah seperti sedunia luasnya dengan tambahan sepuluh kali lagi yang seperti itu. Jadi untukmu adalah sepuluh kali seluas dunia." Orang itu berkata: "Adakah Tuhan mengejek padaku atau menertawakan diriku, sedangkan Tuhan adalah Maha Merajai."
Ibnu Mas'ud berkata: "Sungguh-sungguh saya melihat Rasulullah s.a.w. ketawa, sehingga tampaklah gigi-gigi gerahamnya, kemudian beliau bersabda:
"Yang sedemikian itu tingkat yang terendah sekali dari golongan para ahli syurga."
(Muttafaq 'alaih)

1882. Daripada Abu Musa ra bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya bagi seseorang mukmin dalam syurga itu adalah sebuah khemah yang terbuat dari mutiara yang utuh sebiji, berlubang tengah. Panjangnya ke langit yakni ke atas tingginya ada enam puluh mil. Bagi seseorang mukmin di dalamnya itu ada beberapa keluarga yang dikelilingi oleh orang mukmin tadi, tetapi antara yang seorang dengan yang lainnya di kalangan keluarga atau isterinya-isterinya tidak ada yang tahu-menahu kerana sangat luasnya atau memang dibuat sedemikian rupa oleh ALLAH."
(Muttafaq 'alaih)

Almilu, yakni sebatu itu ada enam ribu hasta

1883. Daripada Abu Said al-Khudri ra dari NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sabdanya: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pohon yang kalau dijalani oleh seseorang berkenderaan kuda pacuan yang terlatih makanan serta kekuatan larinya dan Iain-Iain  lagi laju larinya, dalam waktu seratus tahun, tentu belum dapat menempuhnya yakni belum lagi dapat sampai ke tempat permulaan berangkatnya."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam kedua kitab shahih yakni Bukhari dan Muslim, juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: 

Yang Bermaksud : "Seseorang yang berkenderaan di bawah naungan pohon itu kalau berjalan selama seratus tahun, belum lagi dapat menempuhnya yakni kembali ke tempat asal berangkatnya."

1884. Daripada Abu Said al-Khudri ra pula dari NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sabdanya:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya ahli syurga itu nescayalah dapat melihat penghuni-penghuni bilik-bilik yang ada di atas mereka, sebagaimana engkau semua melihat bintang yang cemerlang cahayanya yang berlalu di cakerawala dari arah timur ke arah barat, kerana adanya kelebihan keutamaan di antara mereka itu." Para sahabat bertanya: "Apakah itu kediaman-kediaman para Nabi yang tidak dapat dicapai oleh orang yang selain mereka itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar, demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaannya, tetapi juga tempatnya orang-orang yang beriman kepada ALLAH serta percaya benar-benar kepada Rasul-rasul." 
(Muttafaq 'alaih)

1885. Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Nescayalah separuh dari panah yang ada di syurga itu adalah lebih baik daripada segala sesuatu yang matahari terbit serta terbenam padanya yakni lebih baik daripada dunia dan seisinya."
(Muttafaq 'alaih)

1886. Daripada Anas ra bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada pasarnya, yang didatangi oleh para ahli syurga pada tiap hari Jumaat, lalu meniuplah angin utara sebagai kiasan yang penuh kenyamanan dan keberkahan kemudian mengenai wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka, sehingga mereka itu menjadi bertambah bagus dan elok. Selanjutnya kembalilah mereka ke tempat keluarga mereka dalam keadaan mereka telah bertambah bagus dan elok itu. Keluarga-keluarganya itu berkata kepada mereka: "Demi ALLAH, sungguh-sungguh anda sekelian telah bertambah bagus dan eloknya." Mereka lalu menjawab: "Engkau semuapun, demi Allah, benar-benar telah bertambah indah dan cantiknya." 
(Riwayat Muslim)

1887 Daripada Sahl bin Sa'ad ra bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya para ahli syurga itu nescayalah dapat melihat bilik-biliknya sendiri yang ada di dalam syurga itu, sebagaimana engkau semua dapat melihat bintang di langit." 
(Muttafaq 'alaih)

1888. Daripada Sahl bin Sa'ad ra pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya menyaksikan dari Nabi s.a.w. akan suatu majlis yang di situ beliau s.a.w. menerangkan sifat syurga, sehingga selesai, kemudian dalam akhir pembicaraannya beliau s.a.w. bersabda: "Di dalam syurga itu adalah kenikmatan-kenikmatan yang tidak pernah ada mata yang melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorangpun." Selanjutnya beliau s.a.w. membacakan ayat yang ertinya: "Lambung-lambung mereka menjauh dari tempat-tempat tidurnya yakni orang-orang yang berbakti kepada ALLAH sama meninggalkan tidur," sehingga firmanNya: "Maka tiada seorangpun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata.” 
(as-Sajdah: 17)
(Riwayat Bukhari)

1889. Daripada Abu Said bin Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Apabila para ahli syurga sudah memasuki syurga, maka berserulah seseorang penyeru: "Sesungguhnya bagimu semua adalah dapat terus hidup, maka tidaklah engkau semua akan mati untuk selama-lamanya, engkau semua akan sihat terus, maka tidaklah engkau semua akan sakit untuk selama-lamanya, engkau semua akan tetap muda, maka tidaklah engkau semua menjadi tua untuk selama-lamanya, engkau semua akan terus memperoleh kenikmatan, maka tidaklah engkau akan memperoleh kesukaran untuk selama-lamanya." 
(Riwayat Muslim)

1890. Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya serendah-rendah tempat bagi seseorang di antara engkau semua di dalam syurga itu ialah bahawa kepadanya dikatakan: "Berharaplah untuk mendapatkan apa saja!" iapun lalu mengharapkan memperoleh ini dan itu. Kepadanya dikatakan lagi: "Adakah engkau sudah habis yang diharap-harapkan?" la berkata: "Ya, sudah." Kemudian dikatakan lagi kepadanya: "Engkau akan memperoleh apa saja yang engkau harapkan dan yang seperti itu pula besertanya yakni dikurnia lipat dua kali yang diinginkan tadi."
(Riwayat Muslim)

1891. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya ALLAH 'AZZAWAJALLA berfirman kepada ahli syurga: "Hai ahli syurga." Mereka berkata: "Labbaik, ya Tuhan, wa sa'daik. Segala kebaikan ada di dalam tangan kekuasaan Tuhan." ALLAH berfirman: "Adakah engkau semua sudah redha?" Mereka menjawab: "Bagaimana kita tidak akan merasa redha, ya Tuhan kita, sedangkan Engkau telah memberikan kepada kita kurnia-kurnia yang tidak pernah Engkau berikan kepada seseorangpun dari makhluk Tuhan." ALLAH berfirman lagi: "Tidakkah engkau semua suka kalau Aku berikan yang lebih utama lagi dari yang sedemikian itu?" Mereka bertanya: "Apakah yang lebih utama dari yang sedemikian ini?" ALLAH kemudian berfirman: "Aku menempatkan keredhaanKu padamu semua maka Aku tidak akan bermurka padamu semua sesudah saat ini untuk selama-lamanya."
(Muttafaq 'alaih)

1892. Daripada Jarir bin Abdullah ra, katanya: 

Yang Bermaksud : "Kita semua berada di sisi NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lalu beliau s.a.w. melihat bulan pada malam purnama yakni tanggal empat belas dan bersabda: 
"Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu semua dengan terang-terangan dapat dipandang mata, sebagaimana engkau semua melihat bulan ini. Tidak akan engkau semua mendapatkan kesukaran dalam melihatNya itu." 
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Tidak mendapatkan kesukaran untuk melihat Tuhan itu, misalnya untuk melihatNya haruslah berdesak-desakan atau sukar dilihatnya semacam ingin melihat bulan sabit yakni bulan tanggal satu ataupun kesukaran yang Iain-Iain.

1893. Daripada Shuhaib r.a. bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Yang Bermaksud : "Jikalau semua ahli syurga sudah memasuki syurga, lalu Allah Tabaraka wa Taala berfirman: "Adakah sesuatu yang engkau semua inginkan supaya Aku dapat menambahkan kenikmatan itu padamu semua?" Mereka menjawab: "Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kita  maksudnya menjadikan wajah-wajah itu bercahaya? Bukankah Engkau telah memasukkan kita dalam syurga dan menyelamatkan kita dari neraka?" Kemudian tersingkaplah tabir yang menutupi Zat ALLAH TAALA. Maka tidak ada suatu kenikmatan yang diberikan kepada para ahli syurga itu yang lebih mereka sukai daripada melihat kepada Zatnya Tuhan mereka," - yakni dapat melihat wujudnya Allah Taala dengan terang-terangan dapat disaksikan oleh mata.
(Riwayat Muslim)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang baik, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka dengan sebab keimanan mereka itu, mengalirlah di bawah mereka itu beberapa sungai iaitu dalam syurga-syurga Na'im. Seruan mereka dalam syurga itu ialah: "Maha Suci Engkau, ya ALLAH," sedang salam penghormatan mereka di situ ialah: "Salam" dan akhir doa mereka ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang menguasai alam semesta ini." 
(Yunus: 9-10)

Segenap puji-pujian bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang telah memberikan petunjuk kepada kita sekalian untuk perkara ini yakni penyusunan kitab Riyadhus Shalihin dan termasuk pula penerjemahannya. Kita tidak akan memperoleh petunjuk apa-apa, andaikata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak memberikan petunjuk kepada kita.

Yaa ALLAH, berikanlah tambahan kerahmatan kepada NABI MUHAMMAD, iaitu hamba dan Rasul Tuhan, seorang Nabi yang ummi tidak pandai membaca dan menulis, juga kepada keluarga NABI MUHAMMAD, isteri-isteri serta seluruh keturunannya, sebagaimana Tuhan telah memberikan tambahan kerahmatan kepada Nabi Ibrahim dan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Berikanlah pula tambahan keberkahan kepada NABI MUHAMMAD, iaitu seorang Nabi yang ummi dan kepada keluarga NABI MUHAMMAD, isteri-isteri serta seluruh keturunannya, sebagaimana Tuhan telah memberikan tambahan keberkahan kepada Nabi Ibrahim dan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Di dalam seluruh alam, sesungguhnya Tuhan adalah Maha Terpuji lagi Sempurna kemuliaannya. 

Penyusun kitab Riyadhus Shalihin yakni Imam an-Nawawi ra berkata: "Saya telah selesai mengerjakannya pada hari Isnin tanggal empat bulan Ramadan tahun enam ratus tujuh puluh Hijrah di Damsyik."


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan