Tauhid terbagi menjadi tiga macam iaitu:
1.Tauhid Rububiyah
2.Tauhid Uluhiyyah
3.Tauhid Asma’ wa Sifat
Dalil bagi ketiga macam ini ada
dalam firmanNya:
“Rabb (yang menguasai)
langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan
berteguh hatilah dalam beribadat kepadaNya. Apakah kamu mengetahui ada zat yang
sama denganNya (yang patut disembah).”
(Surah Maryam : ayat 65)
1.
Tauhid Rububiyyah
Iaitu mengesakan ALLAH SWT dalam
penciptaan, kepemilikan dan pengaturan.
Yang dimaksud mengesakan ALLAH SWT dalam
penciptaan adalah seseorang meyakini bahawasannya tidak ada pencipta kecuali ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman:
“Ingatlah menciptakan
dan memerintahkan hanyalah hak Allah.”
(Surah Al A’ raaf : ayat 54)
Adapun yang dimaksud dengan
mengesakan kekuasaan dan kepemilikan adalah meyakini bahawa tidak ada yang
menguasai dan memiliki seluruh makhluk yang terdapat di langit mahupun di bumi
kecuali ALLAH SWT. Hal ini ALLAH SWT nyatakan dalam firmannya:
“Kepunyaan ALLAH-lah
kerajaan langit dan bumi.”
(Surah Ali ‘Imran : ayat 189)
Dan juga dalam firmanNya:
“Katakanlah: Siapakah
yang ditanganNya berada kekuasaan atas segala sesuatu.”
(Surah Al Mu’minun : ayat 88)
Sedangkan yang dimaksud mengesakan ALLAH SWT dalam pengaturan adalah seseorang meyakini bahawasannya tidak ada yang
mengatur kecuali ALLAH SWT semata. Sebagaimana ALLAH SWT berfirman:
“Dan siapakah yang
mengatur segala urusan? Maka nescaya mereka menjawab: ALLAH. Maka katakanlah:
Mengapa kalian tidak bertakwa? Maka itulah ALLAH Rabb kalian yang sebenarnya,
maka tidak ada sesudah kebenaran melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kalian
berpaling?”
(Surah Yunus : ayat 31)
Tidak ada yang mengingkari tauhid
Rububiyyah kecuali Firaun, Namrud dan kaum komunis. Orang yang mengingkari
tauhid Rububiyyah terhitung sebagai kafir mulhid (atheis).
2.
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah adalah mengesakan ALLAH SWT dalam peribadatan kepadaNya. Tidak ada yang berhak diibadahi selain ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman:
“Demikianlah, kerana
sesungguhnya ALLAH, Dialah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka
seru selain dari ALLAH itulah yang batil.”
(Surah Luqman : ayat 30)
Kebanyakan manusia pada umumnya
mengingkari dan menentang tauhid ini. Maka demi mengembalikan tauhid inilah ALLAH SWT mengutus para Rasul dan menurunkan kitab-kitabNya kepada mereka. Allah
berfirman:
“Dan tidaklah Kami
mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa
tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Aku, maka beribadahlah kalian kepadaKu.”
(Surah Al-Anbiya : ayat 25)
Orang-orang yang mengingkari tauhid
jenis ini adalah kaum musyrikin di masa lalu dan para penyembah kubur di masa
sekarang.
3.
Tauhid Asma’ was Sifat
Tauhid Asma’ was Sifat adalah
memurnikan nama-nama dan sifat-sifatNya bagi ALLAH SWT. Dan tauhid ini mengandung
dua hal:
1.
Itsbat: iaitu kita menetapkan bagi ALLAH SWT seluruh nama dan sifat-sifatNya yang Dia tetapkan bagi diriNya didalam
kitabNya dan sunnah nabiNya.
2.
Nafi: iaitu menafikan penyerupaan dengan tidak menjadikan
bagi ALLAH SWT tandingan-tandingan pada nama-nama dan sifat-sifatNya, sebagaimana
firmanNya:
“Tidak
ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.”
(Suran Asy Syura : ayat 11)
Ayat ini menunjukan bahawa seluruh
sifat ALLAH SWT tidak diserupai oleh satupun dari Makhluk-makhlukNya. Maka
barangsiapa tidak menetapkan atau menolak apa yang ALLAH SWT tetapkan bagi diriNya,
maka dia seorang mu’aththil (orang yang menolak nama-nama dan sifat-sifat ALLAH SWT). Dan tindakannya ini serupa dengan Firaun. Dan barangsiapa menetapkannya
namun disertai dengan penyerupaan, maka dia menyerupai kaum musyrikin yang
menyekutukan ALLAH SWT. Dan seorang muwahhid (orang yang bertauhid) adalah yang
menetapkan nama-nama dan sifat-sifat ALLAH SWT tanpa menyerupakanNya dengan makhlukNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan