Akan muncul seekor ular yang
dihantar dari Neraka yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"ALLAH menyuruh aku
membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan solat Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh
hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut
bumi kerana meninggalkan solat Zuhur.
Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan solat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari
Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. Cuai solat lima waktu di dalam
neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz
sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Jibril as:
Yaa MUHAMMAD..! Orang yang meninggalkan Solat tidak akan mendapat syafaatmu dan ia tidak tergolong dari umatmu.. Tidak boleh diziarahi ketika ia sakit, tidak boleh mengiringi jenazahnya, tidak boleh beri salam padanya, tidak boleh makan minum dengannya, tidak boleh bersahabat dengannya, tidak boleh duduk besertanya, tidak ada Agama baginya, tidak ada kepercayaan baginya, tidak ada baginya Rahmat ALLAH dan ia dikumpulkan bersama dengan orang Munafiqin pada lapisan Neraka yang paling bawah (diazab dengan amat dahsyat..).
Sabda NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Maksud Hadist:
“Perjanjian
(perbezaan) di antara kita (orang islam) dengan mereka (orang kafir) ialah
Solat, dan barangsiapa meninggalkan Solat sesungguhnya ia telah menjadi seorang
kafir.”
(Termizi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan