"Suatu hari
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama
beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai
hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah
SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan
bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulaspun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu
meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih daripada baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan
tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah
SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda
yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang
dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau
masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.
Cantik kan akhlak
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan