Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang
mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca al Quran sebelum terbit
matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya
mata membaca al Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di
waktu subuh. Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke masjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan ALLAH SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH SWT.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci
rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. ALLAH SWT menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat ALLAH SWT selalu mendoakan kepada
orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wuduk terus menerus kerana ALLAH SWT menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin
Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat
walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH.”
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada ALLAH SWT. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana
itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan