Cuba kita sentuh jari kita dekat api kat dunia ni, Aduh! panas bukan? Walaupun hanya
sesaat kita menyentuh api kat dunia ni dah tak tahan panasnya, tidak lagi
dibakar! Itu api kat dunia, tidak lagi api kat neraka!
Aduh! Azabnya tidak boleh kita gambarkan! Api neraka lagi berganda panasnya dan
menyambar orang yang ingkar arahan ALLAH SWT termasuk meninggalkan
solat.
Kita sedar semua ini tetapi kita
buat-buat tidak peduli. kita abaikan. “Ahh..takpe.. Umur masih panjang. Nanti
dah tua baru solat!” Astrafirullah hal Azim.. Ungkapan seperi ini sangat tidak
patut! Ingat lah wahai kawan-kawan, ajal tidak mengira tua atau muda.
Daun yang hijau muda lagikan boleh gugur!
Orang yang tidak solat akan diseksa
dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak
mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari
kiamat:
Seksaan
Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Solat
6 seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. ALLAH SWT akan menghapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan
tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan
oleh ALLAH SWT .
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada
doa orang-orang soleh.
3 seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat
lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat
haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia
tetap merasa tidak puas
3 seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan
membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
3. ALLAH SWT mengerahkan ular yang paling
besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’
dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk
memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan
sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan
malam sehingga hari kiamat.
3 seksa di hari kiamat:
1. ALLAH SWT memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak solat
itu ke dalam neraka.
2. ALLAH SWT menilik pada orang yang tidak
solat itu dengan tilikan yang murka.
3. ALLAH SWT akan mengira orang yang tidak
solat itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam
neraka sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke
neraka?
” Mereka menjawab, “Kami , tidak solat.”
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan