Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 13 November 2013

M 39 : APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI HUDUD?

Soalan : Ustaz mohon ceritakan apa itu hukum hudud serta jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus

1. Pengertian Hudud

Dari Segi bahasa, hudud bererti menahan ataupun mencegah. Dari segi istilah, hudud diterjemahkan sebagai hukuman yang ditetapkan oleh nas-nas al Quran dan sunnah yang wajib dilaksana sebagai memenuhi hak ALLAH SWT. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurangkan ataupun ditambah. ALLAH SWT  Menjelaskan seperti berikut :
Itu adalah hukum-hukum yang sudah ditentukan. Oleh itu, jangan kamu mencabulnya dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum ALLAH SWT, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
(Surah 2, Al Baqarah : Ayat 229)

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(A) Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(B) Qazaf (menuduh zina)

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(C) Minum arak

Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

(D) Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

(E) Merompak

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(F) Riddah (murtad)

Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
Rujukan : Harian Islam.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan