Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah
kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada ALLAH SWT.
Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapapun yang
boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi
Ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.
“Siapa kamu yang berani menceroboh
rumahku?” tanya Nabi Ibrahim.
“Aku dimasukkan ke dalam rumah ini
oleh tuan empunya rumah ini,” jawab lelaki itu ringkas.
Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. “Katakan
padaku, adakah kamu ini malaikat?”
Lelaki tersebut menjawab
pertanyaannya, “Ya… aku adalah malaikat. Malaikat Maut!”
Lantas Nabi Ibrahim bertanya, “Kalau
begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu
hendak mencabut nyawa orang mukmin?”
Berkata malaikat maut, “Berpalinglah
kamu daripadaku buat seketika.”
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.
Kata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat
maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka
mati, maka itupun sudah cukup bagi mereka.
Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh
malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah malaikat maut itu
boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat yang
paling ditakuti oleh seluruh makhluk ALLAH SWT itu.
“Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau
minta, aku sedia melakukannya,” jawab Izrail.
Apabila sudah mendapat keizinan, Nabi
Ibrahim bertanya lagi, “Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu
ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah ALLAH dan berbuat zalim?”
Jawab Izrail, “Wahai Ibrahim, kini
kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika.”
Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan
mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah malaikat
maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki
hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu
keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.
Apabila melihat keadaan malaikat maut
yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim
sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan
bersinar-sinar.
Berkata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat
maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum mereka mati, maka
itupun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah.”
Agaknya,
bagaimanakah nanti rupa malaikat maut apabila mencabut nyawa kita setelah
sampai masa kita nanti?? | Kisah Nabi Ibrahim &
malaikat Izrail
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan