Seorang rakan yang menamakan dirinya
MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen di dalam entry “LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI
BRITAIN,” beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012
yang lalu.
Naj Mi,
Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah… Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.
Saya tak mahu dipersalahkan jika saya
menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin
meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan
mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab
pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun
daripada ALLAH SWT . ALLAH SWT Maha Pengampun).
Mungkin inilah antara hikmah ALLAH SWT hadiahkan virus ini
kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan
perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.
Sesungguhnya ALLAH SWT tahu apa yang
terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan ALLAH SWT . Hidup yang
memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.
MFZ
Kemudian MFZ telah meninggalkan komen
bercerita dan memberi sedikit nasihat di ruang komen di dalam entry bertajuk
“BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DI BADAN,”
Assalamualaikum…
Apabila bercakap tentang rawatan saya
teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di
Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau
kelihatan “sakit”. Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya
ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.
Hendak dijadikan cerita, saya mendapat
jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang
disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini
bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan
saya yang lain.
Dipendekkan cerita, saya tidak
melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya
yang mula-mula, “Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?” Alhamdulillah, he
gave me a good respond.
Cerita punya cerita, sebenarnya kawan
saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun
yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status
kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau
hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.
Saya sangat kesal dengan apa yang
telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah
menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau
supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang
status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk
melakukan HIV Screening.
Pada masa yang sama juga, saya
bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts…
Pengajaran dari kisah ini ialah:
1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, in sya Allah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.
2. Segera berjumpa doktor apabila anda
mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan
aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya
malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik.
Inilah masanya untuk memperbaiki diri. ALLAH SWT masih berikan masa. Alhamdulillah.
3. Jika anda didiagnos HIV,
bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus
merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti
orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah
dengan beliau sebaiknya…
Sekian dahulu ceritaku.
MFZ
Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay
yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada
terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen di dalam entry “BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG”
Assalamualaikum…Kepada gay-gay
sekalian,
1. JANGAN sesekali anda mengikut
keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah
dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila
orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada
keadaan yang lebih kompleks.
2. JANGAN sesekali berkahwin untuk
tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks
dengan kaum sejenismu.
3. JANGAN sesekali berkahwin untuk
menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.
4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada
rasa cinta pada perempuan tersebut.
5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.
6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk
kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.
7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram.
Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum
berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama’.
Wallahua’lam.
MFZ
Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,
Ramai gay yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan
kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan
penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalahpun
difikiran mereka.
To all HIV positive people, stop
spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!
MFZ
Terima kasih MFZ – Naj Mi
Sumber: hivadadidalamdarahaku
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan