1. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan
keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.
2.
Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3.
Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS kepada Allah.
4.
Aku
melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5.
Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.
6.
Aku
melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di
sebelahku.
7.
Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8.
Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9.
Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan