Semalam, dalam kereta umi seperti
mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Di mana saya bercerita dengannya,
“Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kahwin lagi. Umurnya dah 30
tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satupun macam tak
datang melamar. Dia sangat gagah tau umi.” Umi hanya mampu tersenyum. Ayah
juga.
Saya hairan. Kenapa?
Lalu umi kata,
“Mungkin jodohnya dengan kematian.”
Terkedu. “Maksud umi? Dia dah nak
meninggal?”
“Bukan la kak ngah. Maksud umi,
mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian.
Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. ALLAH SWT “simpan” dia. Mungkin
kalau dia kahwin, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang
lupa pada ALLAH SWT? Sebab angah kata dia alimkan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?
ALLAH SWT boleh je kahwin kan diorang,
tapi kan ALLAH SWT kata, ALLAH SWT kasi ujian kepada hambaNya yang ALLAH SWT sahaja.
Mungkin dalam soal ini, ALLAH SWT tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, ALLAH SWT kasi
dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak
tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, ataaaau angah
sanggup tak kahwin, dan tak hilang sesiapapun yang angah sayang?”
Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya
pilih tak kahwin, di mana saya tak hilang sesiapa.
Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kahwin, dan ALLAH SWT tarik
rasa nak kahwin dekat dia. Ya, baru saya faham..
Saya baru faham juga kata-katanya
tentang, “Mungkin jodoh makcik dengan kematian” Waktu tu saya fikir, memang
makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya
faham sekarang ni.
Lalu umi sambung, “Jadi jangan
berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung
fasal jodoh, tapi jangan terlampau “gila” kan tentang penemuan jodoh. Serahkan
pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. In sha Allah, kalau ada jodoh dan rezeki
itu, datang jugalah ia kepada kamu.
Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin
awal seronok. Tak pula
diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak
umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada ALLAH SWT .
Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.
Tapi dalam memikir soal jodoh,
kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir
tentang soal jodoh, ke mana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe,
amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata “bonus” kepada
setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita.
Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang”
Saya diam. Betullah.
Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kahwin
kahwin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya
jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma ALLAH SWT tarik awal. Maka, takkan sepanjang
hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan “dia” yang ALLAH SWT hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?
Muhasabah.
Fikir jodoh itu, haruslah selari
dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan roomate saya meninggal,
saya diam sendiri. Muda. Tak kahwin. Amal?
Bagaimana? Allahu~
Baiklah, mari. Kita persiapkan diri,
persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Persiapkan diri untuk
menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong.
In sha Allah dalam persiapan hendak
menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, ALLAH SWT hantarkan pula seseorang untuk
berada di sisi. In sha Allah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada,
maka dimohon supaya redha itu mendahului, in sha Allah. ♥
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan