Sepuluh Wasiat Rasulullah SAW Kepada
Puterinya Fatimah Az Zahra
Indahnya kehidupan sebagai suami dan isteri. Di mana, setiap hebatnya
seorang lelaki itu dibelakangnya ada seorang wanita yang juga cukup hebat.
Hebat bukan dari segi rupa paras yang
cantik sahaja, bukan dari pangkat dan keturunan yang gah sahaja, bukan dari
kerjanya yang bagus sahaja, tetapi hebat isterinya jika mampu taat kepada suaminya.
- Ya Fatimah,
wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya
pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya
dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat
wanita itu.
- Ya Fatimah,
wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami
dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
- Ya Fatimah,
tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan
mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti
pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu
orang telanjang.
- Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan
Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari
kiamat kelak.
- Ya Fatimah, yang
lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri.
Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu,
ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
- Ya Fatimah,
apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan
Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan
seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah
menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan
kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika
dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan
maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.
- Ya Fatimah
tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah
memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
- Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang
hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu
agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu
dan yang akan datang.
9. Ya Fatimah tidaklah wanita yang
melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah
mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat
berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada
tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali
beribadah haii dan umrah.
- Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya,
meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta
memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari
sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan
sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman
syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi
siratul mustakim dengan mudah.
Waallahukhlam…
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan