Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.
Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala
bidadari-bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang
akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat
r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa
umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak
akan berganjak kaki anak Adam di Hari
Kiamat hingga disoal
tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa
mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya
dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah
dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul
Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.) Seakan-akan
bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di
dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi
cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari)
yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka
tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga
yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang
bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain
(bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di
kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia
akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari
syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat
yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak
bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai
salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak
berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut
dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka
yang berseri-seri, lalu ditanya sahabat ini ,di manakah beliau berada, lalu ada
suara yang menjawab, inilah syurga, tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari
yang Nabi saw bagi tahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah
sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat di dunia ini, lalu
diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita
itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya
penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu
mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang
mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan
ditanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya
hanya penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia,
lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan
kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, nanti
kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itupun terjaga dari
tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya
dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama
dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw
dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam
menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar,benar, benar sepanjang
cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di
syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan
nikmat-nikmat di syurga Allah.
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan