Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 7 Februari 2020

U 127 : SUNNAH YANG DITINGGALKAN

Banyak masjid dan surau mengadakan ceramah/kuliah maghrib yang penceramahnya mengambil masa 20 hingga 30 minit selepas masuk waktu Isyak. Dan setelah selesai ceramah/kuliah maka imam terus mengarahkan bilal untuk terus iqamah tanpa azan isyak.
Dalam mazhab Syafie, azan solat bukan semata-mata dilaungkan untuk menandakan baru masuk waktu solat sahaja, bahkan untuk menandakan ada solat berjemaah serta memberi peluang kepada jemaah untuk solat sunat qobliyah.
Justeru, azan Isyak masih lagi sunnah walaupun waktu solat sudah lama masuk, lantaran ada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan Bilal azan Subuh walaupun matahari telah naik, berlaku di dalam satu peristiwa Nabi dan para sahabat terlewat bangun dari tidur akibat terlalu letih dalam satu rehlah peperangan.
Juga kisah Nabi SAW melewatkan solat zohor kerana cuaca panas. Apabila mahu mendirikan solat zohor tersebut ketika teduh sedikit, Nabi صلى الله عليه وسلم tetap perintahkan sahabat untuk azan.
Justeru itu, jangan kerana mahu cepat melaksanakan solat Isyak, maka dua fadhilat sunnah ditinggalkan: 
1) Sunnah azan.
2) Sunnah solat sunat rowatib qobliyah Isyak.
Solat Isyak afdhal dilewatkan sedikit jika bersesuaian dengan hal keadaan.
Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan