Jasa orang tua sungguh
sangat besar. Sudah semestinya bagi kita untuk boleh berbakti dan membalas
jasa-jasanya.
Ketahuilah, ada amalan yang
sangat mudah yang boleh kita lakukan untuk mengangkat darjat orang tua kita di
syurga.
Dan sungguh inilah yang
lebih bermanfaat dan menggembirakan mereka ketimbang pemberian. Pemberian
duniawi kita. Rasulullah SAW bersabda:
ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻟَﺘُﺮْﻓَﻊُ
ﺩَﺭَﺟَﺘُﻪُ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ
ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ :
ﺃَﻧَّﻰ ﻟِﻲ ﻫَﺬَﺍ؟
ﻓَﻴُﻘَﺎﻝُ :
ﺑِﺎﺳْﺘِﻐْﻔَﺎﺭِ ﻭَﻟَﺪِﻙَ ﻟَﻚَ .
ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ :
ﺃَﻧَّﻰ ﻟِﻲ ﻫَﺬَﺍ؟
ﻓَﻴُﻘَﺎﻝُ :
ﺑِﺎﺳْﺘِﻐْﻔَﺎﺭِ ﻭَﻟَﺪِﻙَ ﻟَﻚَ .
"Sungguh seseorang
akan diangkat darjatnya di syurga. (Orang tersebut merasa hairan) dan bertanya,
"Bagaimana (aku boleh mencapai) semua ini?" Maka dikatakan padanya,
"(Ini semua) kerana istighfar (permohonan ampun kepada Allah yang selalu
diucapkan oleh) anakmu untukmu."
(HR. Ahmad)
Masya Allah. Sungguh ini
akan menjadi pemberian istimewa bagi orang tua kita. Maka sebagai anak yang
berbakti jangan lupa di setiap doa-doa kita, di solat kita mohonkanlah ampun
untuk kedua orang tua kita.
Semoga kita boleh
melaksanakan amal yang mudah ini. Sebarkan jika anda menyukai tulisan ini, in Shaa
Allah pahala besar menanti anda. Mudah-mudahan kita termasuk anak soleh yang boleh
mengangkat darjat orang tua.
Aamiin......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan