Kenalkan aku. Namaku wang/duit/pitih/money/fulus
dan macam-macam orang memanggilku. Wajahku biasa saja. Fizikalku juga lemah. Namun
aku mampu merombak tatanan dunia. Aku
juga boleh merubah perilaku bahkan sifat manusia kerana manusia begitu
mengidolakanku. Banyak orang merubah keperibadiannya. Mengkhianati temannya. Menjual
tubuhnya. Bahkan meninggalkan keyakinan imannya demi aku. Aku tidak mengerti
perkataan orang soleh dan orang bejat, tapi manusia memakai aku menjadi patukan
darjat. Menentukan kaya dan miskin. Terhormat atau
pun terhina. Aku bukan iblis, tapi sering orang melakukan kekejian demi aku. Aku
juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri berpisah gara-gara aku. Kakak
dan adik beradu dan saling benci disebabkan aku. Anak dan orang tua berselisih
gara-gara aku. Sangat jelas aku bukan ALLAH, tapi manusia menyembah aku seperti
ALLAH. Bahkan kerap kali hamba-hamba ALLAH lebih menghormatiku. Padahal ALLAH sudah
berpesan jangan jadi hamba aku. Seharusnya aku melayani manusia, tetapi kenapa
manusia malah mahu jadi budakku? Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk siapapun..tapi banyak orang rela mati
demi aku. Perlu aku ingatkan. Aku hanya boleh menjadi alat untuk bayar resit ubat
anda, tapi tidak mampu untuk memperpanjangkan
hidup anda. Kalau suatu hari anda dipanggil ALLAH SWT, aku tidak akan boleh menemani
anda, apa lagi menjadi penebus dosa-dosa anda. Anda harus menghadapinya sendiri
kepada sang pencipta. Lalu menerima penghakimannya. Saat itu, ALLAH pasti akan
hitung-hitungkan dengan anda. Apakah selama hidup aku digunakan dengan baik atau
sebaliknya menjadikan aku sebagai tuhan kelian. Informasi terakhirku, aku tidak
akan ada di syurga. Jadi jangan cari aku di sana. Sarananku pada kelian semua.
1. Jangan
terlalu sayang sama aku.
2. Gunakan
aku untuk temanmu dalam kubur nanti dengan banyak sedekah, berinfak, berzakat dan
membantu saudaranya yang ditimpa musibah dan kelaparan. Jangan lupa untuk selalu
sentiasa berdoa dan beramal agar aku jadi berkah di dunia dan akhirat...Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan