Allah SWT berfirman,
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ
لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ
مُخْتَالٍ فَخُورٍ
“Dan janganlah kamu
memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di
muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong lagi membanggakan diri.”
(QS. Lukman: 18)
Maksud ayat ini adalah
janganlah bersikap sombong dan angkuh. Janganlah melakukan hal tersebut kerana
dibenci oleh Allah SWT. Oleh kerananya, Allah SWT berfirman,
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ
كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
“Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Syaikh As Sa’di berkata
mengenai ayat ini, “Yang dimaksud adalah jangan bersikap sombong iaitu begitu
bangga dengan nikmat dan akhirnya lupa pada pemberi nikmat. Dan jangan pula
merasa ujub terhadap diri sendiri.”
Barakallahu Fiikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan