Seorang wanita berbincang
dengan seorang ustazah :
"Ustazah, saya tidak
mahu ikut pengajian ini lagi."
"Apa alasannya?"
tanya ustazah.
"Saya lihat di
pengajian ini perempuannya suka bergosip, lelakinya munafik, pengurusnya cara
hidupnya tidak benar, jamaahnya sibuk dengan hpnya dsb."
"Baiklah, tapi sebelum
awak pergi, tolong lakukan sesuatu untukku. Ambil segelas penuh air dan
berjalanlah mengelilingi dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitik air
sekalipun ke lantai. Setelah itu awak boleh meninggalkan masjid ini seperti
keinginan awak."
"Itu mudah
sekali!"
Diapun melakukan apa yang
dimintakan ustazah, sementara pengajian sedang berlangsung.
Setelah selesai, dia
berkata kepada ustazah, bahawa dia siap untuk pergi.
"Sebelum awak pergi,
ada satu pertanyaan. Ketika awak tadi berjalan keliling dalam masjid, ada awak
mendengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan
hpnya?"
"Tidak."
"Awak tahu
mengapa?"
"Tidak."
"Kerana awak menumpukan
pada gelas awak, memastikan tidak tersandung dan tidak ada air yang tertumpah."
Begitu juga dengan
kehidupan kita. Ketika kita mengarahkan pandangan kita kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang kita imani, maka :
• Kita tidak akan punya
waktu untuk melihat kesalahan orang lain.
• Kita tidak akan punya
waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.
• Kita tidak akan punya
waktu untuk bergosip ria dengan orang lain.
• Kita akan menolong orang
lain dan fokus pada langkah kita menggapai redhaNya.
Direndahkan tidak mungkin
jadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan.
Maka jangan risaukan kata-kata
orang, sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah selama awak
di jalan yang benar, meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai.
Tak usah sibuk-sibuk
menjelaskan tentang diri awak, sebab yang menyukai awak tidak perlu itu dan
yang membenci awak juga tidak percaya itu.
Hidup bukan tentang siapa
yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.
Jika dizalimi orang jangan
berfikir untuk membalas dendam, tapi berfikirlah cara membalas dengan kebaikan.
Jangan mengeluh, teruslah
berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah
mengikutimu.
Semoga bermanfaat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan