Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 8 Februari 2020

U 188 : SEMUANYA SUDAH TERTULIS (LAUHUL MAHFUZH)

Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini adalah perjuangan di antara yang benar dengan yang salah. Orang yang beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, RasulNya dan hari akhirat mestilah mempertahankan keyakinan yang benar dan apa saja yang benar.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperingatkan tentang tipu daya dunia kepada manusia. Manusia mestilah sedar bahawa dunia dengan segala kemewahannya tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan perjuangan pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Manusia disuruh supaya mengejar nikmat yang ada pada sisi
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, disediakan untuk orang yang bertaubat dan bertaqwa. Manusia juga diperingatkan supaya bersabar menerima ujian daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
Ia mengajar manusia supaya beriman kepada Qada' dan Qadar.
Sebagaimana firman
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :

“Tiadalah suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kamu melainkan semua itu sudah tertulis dalam Kitab(Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu tidak berputus asa terhadap apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."
(QS.al-Hadiid : 22-23)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menerangkan bahawa segala yang berlaku adalah menurut takdir yang telah tentukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Membuat yang demikian sangatlah mudah bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerana IlmuNya meliputi yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin. Orang yang beriman tidak seharusnya berputus asa apabila berpisah daripada sesuatu yang dia sayangi, apapun itu kerana mungkin menurut Ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang demikian baik baginya. Kesusahan dan bala bencana membuat manusia menjadi sabar, redha, bertawakal dan bersyukur, lalu dia dibawa dekat denganNya. Ia dijauhkan dari segala yang disayangi, namun didekatkan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini jauh lebih baik daripada apa yang terpisah daripadanya.
  
Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : “Jika penduduk syurga sudah masuk ke syurga maka ada yang berseru : Sesungguhnya kalian akan selalu hidup dan tidak akan pernah merasakan mati. Kalian akan tetap sihat dan tidak akan pernah sakit. Kalian juga akan tetap muda dan tidak akan pernah bertambah tua. Kalian juga akan selalu hidup senang dan tidak akan mendapat kesusahan.”
(H.r.Muslim)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan