Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 4 November 2012

J 70 Al Quran dan cap jari manusia

BIASA membaca dalam web Kristian yang mengatakan Rasulullah Muhammad s.a.w. dituduh mengarang sendiri kitab Al-Quran. Misalnya mereka menuduh Rasulullah saw mengarang sendiri proses kejadian janin dalam rahim sebagaimana yang dicatat dalam beberapa ayat dalam Al-Quran. Lihat surah as-Sajdah: 8-9, az-Zumar: 6, al-Insaan: 2, al-Alaq: 2, al-Qiyamah: 37-39 dan yang lebih lengkap al-mukminun: 12-14. Kata mereka, Rasulullah terlebih dahulu mengkaji buku-buku karya tamadun Yunani, kemudian mencacatkan dalam Al-Quran. Itulah antara hujah kaum Kristian tidak beriman dengan Al Quran.

Tapi bagaimana dengan cap jari manusia sebagai milik yang abadi setiap individu bernama manusia. Ya, baru tahun 1880 Sir Francis Colt berjaya menggunakan teknologi untuk membenarkan pemilikan abadi cap jari. Tidak ada mana-mana puak, ahli agama atau ahli sejarah menuduh Rasulullah sengaja mengarang ayat 3-4 surah al-Qiyamah (maksudnya),

“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali jari-jemarinya dengan sempurna.”

Maksud ayat itu, Allah swt akan membina semula tubuh manusia kelak yang sebelumnya telah mati dan hancur. Allah swt akan memulakan pembinaan semula manusia bermula daripada jarinya. Jari atau cap jari manusia sebagai pengenalan yang tidak ada persamaan dengan manusia yanag lain, sekalipun mempunyai kembar atau berketurunan yang sama.

Al Quran diturunkan kepada Rasulullah saw melalui malaikat Jibril pada kurun ke-7, di tengah-tengah masyarakat yang kebanyakannya buta huruf, berlatar bumi tandus dan tiada kebanggaan tamadun. Salah satunya ialah ayat berkenaan ayat cap jari itu. Muslim zaman itu hingga kini terus menerima dan beriman dengan kebenaran ayat-ayat al-Quran sekalipun belum dibuktikan melalui sains dan teknologi. Bayangkan, hanya dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini saja ayat ‘cap jari’ dibuktikan. Pembuktian ini ketinggalan 1300 tahun yang lalu apabila Rasulullah Muhammad s.a.w. melafazkan ayat mengenai cap jari manusia.

Sebab itu jangan sesekali melupakan sejarah. Mereka yang menuduh Rasulullah saw mencipta sendiri ayat pembentukan janin, sangat jahil (bodoh) sejarah atau sengaja buat-buat jahil. Tidak ada ahli sejarah yang menafikan Rasulullah saw seorang yang ‘ummi’ atau buta huruf, tidak pernah berguru dengan mana-mana ahli ilmu atau mendatangi pusat tamadun seperti di Yunani, Rom, Mesir dan Mesopotamia.

Bangsa Arab di Mekah sendiri yang memberi gelaran ‘Al Amin’ kepada Muhammad bin Abdullah kerana baginda tidak pernah berdusta. Demikian hujah Allah swt untuk mendidik semua manusia agar menerima ayat-ayat al Quran yang disampaikan melalui lidah Rasulullah Muhammad s.a.w. Kalau sudah dibuktikan Rasulullah Muhammad s.a.w. seorang yang buta huruf dan seorang yang jujur, maka siapakan yang dapat menolak bahawa al Quran itu benar-benar datangnya daripada Allah swt, Tuhan yang Satu. Maka al Quran bukan karangan manusia bernama Muhammad bin Abdullah atau Rasulullah s.a.w. 

Jika ada sesiapa yang masih mengatakan al Quran hasil karangan Rasulullah Muhammad s.a.w, sila buktikan dalam mana-mana kitab terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil mengenai ayat cap cari. Carilah daripada mana-mana buku dari tamadun silam seperti dari China, India, Rom, Yunani dan Mesir yang menyatakan cap jari manusia berbeza antara satu sama lain tidak mengira dari zaman mana manusia itu hidup. Maha suci Allah swt.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan