Al-Imam Al-Ghazali mencatatkan dalam kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku) empat sifat kesempurnaan bagi orang yang soleh, seperti berikut:
Wahai anakku yang tercinta,
Wajib atas orang yang soleh (menjalani jalan akhirat) bahawa ia menyempurnakan empat macam sifat.
Pertama: Memiliki Iktiqad yang benar yang tidak ada bidaah dalamnya (maksudnya mengikuti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Kedua: Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
Ketiga: Meminta halal daripada semua musuh (dan makhluk) sehingga engkau tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti.
Keempat: Mempelajari ilmu syariah untuk dapat menunaikan segala perintah Allah Taala dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.
Terjemahan kitab Ayyuhal Walad oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan