1. Orang yang berakal akan
mempertimbangkan dengan baik setiap langkah yang akan diambilnya. Tidak ada satu
pekerjaan yang dilakukan dengan sia-sia atau kerana kebiasaan belaka. Semua
amalnya dilandas dengan niat niat baik, khususnya saat berbicara, kerana dalam
ucapan / percakapan tersimpan perbagai rahsia yang menakjubkan dan hikmah mengagumkan
yang harus diperhatikan oleh mereka yang mempunyai akal. Keterangan: “Sesiapa
yang tidak dapat berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan akan sia-sia
disebabkan ucapan dan percakapan mengandungi rahsia yang sangat menakjubkan dan
hikmah yang terkeluar sangat mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka
dengan sebaik-baiknya. Sekiranya sesiapa tidak dapat memperhatikannya bererti
dia tidak mempunyai akal yang boleh menangkap rahsia dan hikmah tersebut”.
2. Seorang manusia harusnya berfikir
dahulu sebelum berbicara dan meletakkan lidah di balik(di belakang) hatinya.
Tidak boleh sepatah katapun diucapkan tanpa dilandaskan ilmu pengetahuan dan
akal yang sihat tanpa campur tangan oleh hawa dan nafsu.
3. Harus berbicara dengan halus
(sedikit) dan tidak banyak meskipun baik, kerana ucapanyang baik akan menjadi
buruk bila selalu terlalu banyak cakap.
4. Jangan berbicara dengan tak tentu
pasal dan berteriak teriak (suara yang tinggi).
5. Hendaklah mengetahui bila harus
berhenti bicara ketika nafsunya masih menyuruhnya dan berhenti sebelum orang
lain tidak mahu mendengarkan.
6. Hendaknya tidak bercerita sesuatu
yang tidak mendatangkan manfaat seperti menceritakan peristiwa yang telah
terjadi tanpa ada tujuan yang benar.
7. Jauhilah berkumpul bersama-sama
orang yang lalai atau orang orang yang berakal lemah yang menghabiskan waktunya
mencerita kejadian yang sudah berlalu tanpa tujuan yang benar.
8. Hendaklah bercakap bila perlu
sahaja, kerana itulah dikatakan bahawa menolong orang yang bersalah adalah
melakukan dua kesalahan.
9. Menceritakan peristiwa yang lalu
hanya menyia-yiakan umur.
10. Jauhilah diri dari berbicara dan
mendengar ucapan ucapan yang dapat membangkitkan nafsu dan menjemput timbulnya
keburukan, kerana nafsu sangat cepat mempelajari dan dapat merasakan keadaan
nafsu orang lain.
11. Berhati-hati bila mengucapkan
sesuatu yang pada zahirnya baik tapi muncul dari nafsunya yang bergejolak dan
buruk maka ucapannya akan menggerakkan dan membangkitkan keburukan nafsu orang
lain.
12. Pada masa hendak berbicara
perhatikan nafsu kamu dan nafsu orang lain supaya tercapai kebaikan dan
ketenangan bukan keburukan.
13. Pengaruh ucapan pada pendengar
tergantung pada jiwa pembicara kalau ucapan tersebut muncul dari jiwa yang kuat
maka akan memberikan kesan yang kuat. Dan jika muncul dari jiwa yang lemah maka
akan memberikan kesan yang lemah.
14. Berbicaralah dengan teman-teman
kamu dengan lemah-lembut dan menyenangkan hatinya dan tidak membuatnya marah.
15. Bergaulah dengan manusia dengan
sopan-santun.
16. Jauhilah pertentangan dan
pertengkaran dengan segenap tenaga baik secara zahir atau batin. Jika engkau
tidak mampu menghindarinya secara batiniah maka hindarilah secara zahiriah.
17. Sayidina Ali ra berkata:
“Biasakanlah diri kamu untuk berniat baik dan bertujuan baik nescaya kamu akan
selamat dunia dan akhirat”.
18. Perbaikilah akhlak engkau nescaya
engkau akan mendapat petunjuk dalam setiap urusan perbuatan engkau.
19. Ilmu diperoleh dengan belajar
sedang hilm (sabar) diperolehi dengan latihan bersabar.
20. Jagalah ucapan engkau daripada
mengucapkan kata-kata buruk atau menceritakan(menyampaikan) cerita yang buruk
kepada seseorang kerana kelak engkau akan terkena kesalahannya dan akan
mendapat dosa paling banyak.
21. Bila engkau di dalam keadaan marah
dan emosi tahanlah diri engkau dari berkata kata kerana saat itu nafsu engkau
sedang bergolak dan berkobar-kobar untuk menarik engkau sampai tergelincir
dalam kesalahan. Hendaklah engkau bersabar sehingga nafsu engkau tenang.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan