1.
Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali
pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu
isterinya di dapur.
2.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: “Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar
azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali
sesudah selesai solat.
3.
Pernah baginda pulang pada waktu
pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apapun
yang ada untuk sarapan. Yang mentahpun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira
adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah. "Belum ada apa-apa
wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja
hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
4.
Pernah baginda bersabda ;sebaik-baik
lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.; Prihatin,
sabar dan tawaduknya baginda sebagai kepala keluarga.
5.
Pada suatu ketika baginda menjadi
imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu
sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung
bertanya setelah selesai bersolat. "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw, "Tidak, ya
Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar ." "Ya Rasulullah… mengapa setiap kali
tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau sedang sakit." desak Umar penuh cemas.
6.
Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? Lalu
baginda menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan
engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH
nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah
kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
7.
Baginda pernah tanpa rasa canggung
sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum
menegur dengan lembut perbuatan itu.
8.
Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk
merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah
baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fiziknya sudah tidak
mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
9.
Bila
ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin
Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan
lunak. "Ya ‘Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang
bersyukur."
10.
Rasulullah s. a. w. bersabda ,
;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan